Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463958
Title: | Keberkesanan doktrin hakmilik tak boleh sangkal dalam menangani kes-kes pemalsuan dan penipuan urusan tanah |
Authors: | Roziana Omar (P52941) |
Supervisor: | Jady@Zaidi Hassim, Y.Bhg. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Nov-2011 |
Description: | Pemakaian Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56/1965] dalam sistem perundangan tanah negara, secara akar umbinya, memperakukan ketuanpunyaan dan pemilikan muktamad ke atas tanah sebagaimana yang dipraktikkan dalam sistem Torrens. Jaminan ke atas ketuanpunyaan dan pemilikan ini adalah merupakan satu ciri utama dalam pentadbiran tanah yang jelas dinyatakan sebagai 'cardinal principle' undang-undang Torrens. Memandangkan lewat kebelakangan ini berlakunya kes-kes pemalsuan dan penipuan urusan tanah, yang mengakibatkan kehilangan ketuanpunyaan dan pemilikan ke atas tanah, fenomena ini nyata menyebabkan pihak awam merasa ragu-ragu terhadap jaminan perlindungan ke atas hakmilik mereka. Senario ini benar-benar telah menganggu-gugat doktrin hakmilik tak boleh sangkal yang sedia terjamin dalam perundangan tanah negara seperti termaktub dalam peruntukan seksyen 340, sekaligus menjejaskan integriti pentadbiran tanah negara. Justeru, adalah menjadi satu keperluan bagi melaksanakan kajian ini dalam menegaskan mengenai peri pentingnya untuk memahami pemakaian doktrin hakmilik tak boleh sangkal menerusi peruntukan seksyen 340 khususnya dalam menangani dan mengatasi berlakunya kes-kes pemalsuan dan penipuan. Oleh itu, kaedah kualitatif digunapakai bagi meneliti isu pemalsuan dan penipuan melalui pengkhususan kepada kes terkini 'Tan Ying Hong lwn. Tan Sian San & Ors.' dan kes kontroversial 'Adorna Properties lwn. Boonsoom Boonyanit'. Secara objektifnya, kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada penafian hak tuanpunya tanah berdaftar dan pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar, yang secara implikasinya, mengalami kehilangan dan kerugian akibat perbuatan pemalsuan dan penipuan. Hasil kajian telah mendedahkan bahawa insiden pemalsuan dan penipuan sebenarnya meningkat sehingga berakhir November 2010 mengikut laporan Bahagian Jenayah Komersil Polis Di-Raja Malaysia. Ini bermaksud, penghakiman 'Tan Ying Hong', walaupun ianya mengenepikan transaksi yang menggunapakai instrumen palsu, dan menolak penghakiman kontroversi kes 'Adorna Properties', namun masih tidak berupaya membendung insiden ini. Justeru, kajian ini mengemukakan cadangan dengan mengesyorkan perubahan dasar dan pindaan undang-undang tanah, melalui pengenalan remedi 'assurance fund' kepada mana-mana pihak yang mengalami kerugian mahupun kehilangan, mencadangkan pindaan undang-undang terhadap peruntukan seksyen 340, serta cadangan pindaan untuk mengenakan liabiliti jenayah terhadap pelaku perbuatan pemalsuan dan penipuan, di samping mencadangkan penambahbaikan proses kerja pihak pentadbiran tanah terutama pada peringkat pra-pendaftaran dan pendaftaran.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Undang-Undang |
Pages: | 159 |
Call Number: | C76.ROZ 2011 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114842+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.