Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463955
Title: Penguatkuasaan keputusan mahkamah ke atas badan-badan pentadbiran di Republik Indodan Malaysia.
Authors: Marshaal Nazirin Gumanti (P32946)
Supervisor: Che Norlia binti Mustafa, Dr.
Issue Date: 18-Aug-2010
Description: Sejajar dengan Akta Nombor 5 Tahun 1986 (dipinda UU Nombor 9 Tahun 2004), sebuah mahkamah yang dinamakan Mahkamah Pentadbiran Indonesia telah ditubuhkan dalam tahun 1991 bagi menangani masalah-masalah orang awam yang timbul akibat daripada tindakan dan keputusan badan-badan pentadbiran. Walaubagaimanapun, di segi realitinya pihak-pihak yang terkilan dengan keputusan atau tindakan badan-badan ini tidak dapat menikmati apa-apa pun daripada perintah atau keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka kerana badan-badan pentadbiran ini tidak terikat untuk mematuhinya. Ketika ini tidak terdapat sembarang undang-undang di Indonesia yang memaksa mereka untuk mematuhi keputusan tersebut. Oleh yang demikian, apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah itu hanyalah sekadar di atas kertas sahaja tanpa kesan apa-apa dan tiada jalan lain yang boleh diambil oleh orang awam berkenaan untuk merujuk bagi memastikan perintah mahkamah dikuatkuasakan. Malah Mahkamah Pentadbiran itu sendiri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjadikan perintah atau keputusannya efektif dan lebih bermakna. Keadaan yang sedemikian menjadikan seolah-olah penubuhan mahkamah tersebut sebagai sia-sia kerana kegagalannya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai oleh Akta berkaitan. Berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia di mana sungguhpun tiada mahkamah khas untuk mendengar secara eksklusif seperti Mahkamah Pentadbiran yang terdapat di Indonesia namun Malaysia sekurang-kurangnya pihak-pihak yang terkilan dengan tindakan badan pentadbiran boleh juga menikmati manafaat daripada keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka. Ini adalah kerana kegagalan badan-badan pentadbiran terbabit untuk mematuhi keputusan tersebut mungkin terpaksa menghadapi tindakan undang-undang atas alasan penghinaan mahkamah. Oleh itu tesis ini meneliti secara kritis kedudukan mahkamah yang bertanggungjawab dalam mendengar kes-kes berkaitan pentadbiran, khususnya tentang keupayaan mahkamah dalam menguatkuasakan keputusan atau perintahnya. Tesis ini menghujahkan bahawa undang-undang di Indonesia tidak memberi kuasa yang mencukupi untuk membolehkan mahkamah melaksanakan perkara tersebut. Oleh itu, dengan mengambil pelajaran tentang sistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, penulis telah membuat beberapa cadangan antara lain, bahawa Mahkamah Pentadbiran harus dijalankan dengan kuasa tersebut, dengan harapan bahawa kelompangan-kelompangan dalam undang-undang berkaitan dapat diperbaiki dalam memperkasakan Mahkamah Pentadbiran. Kajian ini bersifat doktrinal yang melihat isu-isu dari sudut perbandingan dengan Malaysia sebagai modelnya. Sebagai kesimpulan, tesis ini berhujah bahawa beberapa peruntukkan dalam undang-undang Malaysia yang berhubungkait dengan isu-isu seperti ini harus diteladani untuk menjadikan keputusan Mahkamah Pentadbiran Indonesia lebih efektif atau bermakna.,Ph.D
Pages: 343
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85152+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.