Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463948
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSakina Shaik Ahmad Yusoff, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAfiq Hizami Azmir (P61198)
dc.date.accessioned2023-09-26T02:39:39Z-
dc.date.available2023-09-26T02:39:39Z-
dc.date.issued2014-01-24
dc.identifier.otherukmvital:85109
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463948-
dc.descriptionKepesatan perkembangan teknologi maklumat serba canggih telah membawa kepada suatu perubahan besar dalam kegiatan sosial dan ekonomi. Berasal daripada sistem barter, transaksi jualan barang telah diambil alih oleh sebuah metode perdagangan yang lebih sistematis dan moden. Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memperuntukkan undang-undang bagi jualan barang di Malaysia. Namun, undang-undang lapuk tentang perlindungan pengguna yang diperuntukkan dalam Akta Jualan Barangan 1957 tidak lagi sesuai digunakan oleh masyarakat moden abad ke 21. Akta Jualan Barangan 1957 adalah sebuah akta yang mengandungi peruntukan undang-undang yang lapuk dan memerlukan satu pembaharuan yang khusus berpandukan sekitaran semasa perdagangan pengguna, manakala Akta Pelindungan Pengguna 1999 mempunyai skop aplikasi yang terbatas. Masalah ini berlaku berasaskan tiga sebab utama iaitu; (i) dualisme undang-undang; (ii) keusangan perundangan; dan (iii) kepincangan undang-undang substantif jualan barang. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mencadangkan pembaharuan kepada undang-undang jualan barang di Malaysia seiring dengan perkembangan dalam sekitaran perdagangan abad ke-21. Kajian ini merupakan sebuah kajian doktrinal yang mengupas dan menganalisis undang-undang jualan barang di Malaysia dengan fokus utama kepada sumber primer undang-undang jualan barang di Malaysia, iaitu, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999. Kajian ini juga membandingkan senario undang-undang di Malaysia dengan undang-undang jualan barang di United Kingdom dan juga undang-undang Islam mengenai jualan barang. Hasil kajian ini mendapati bahawa undang-undang jualan barang di Malaysia memerlukan satu pembaharuan yang komprehensif. Untuk mengelakkan isu-isu kompleks dualisme dan konflik undang-undang yang disebabkan oleh sumber-sumber undang-undang jualan barang yang berbeza di Malaysia Barat dan Malaysia Timur, kajian ini mencadangkan agar Akta Jualan Barangan 1957 (sebagaimana yang dipinda) diperpanjangkan ke Malaysia Timur. Cadangan juga telah dibuat dalam kajian ini bagi pindaan ke atas peruntukan terma dan gerenti tersirat, skim gantirugi dan fasal pengecualian yang terkandung di dalam Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectJualan barang - Malaysia
dc.subjectUndang-Undang
dc.titlePembaharuan undang-undang jualan barang di Malaysia
dc.typetheses
dc.identifier.barcode002184
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85109+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.