Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463947
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzian Markom, Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Norshakimah Wan Ngah (P55217) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T02:39:38Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T02:39:38Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85108 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463947 | - |
dc.description | Musharakah Mutanaqisah merujuk kepada kontrak perkongsian berkurang. Ia merupakan kontrak pembiayaan perumahan secara perkongsian di mana salah seorang rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan yang lain secara beransur-ansur sehingga dia memiliki sepenuhnya objek perkongsian berkenaan. Kontrak Musharakah Mutanaqisah ini diterimapakai dalam perbankan Islam sebagai alternatif kepada kontrak Bai' Bithaman Ajil dalam produk pembiayaan perumahan. Ini kerana kontrak Musharakah Mutanaqisah lebih diyakini keharusannya dan diterima di peringkat global berbanding BBA yang hanya diterimapakai di Malaysia dan Brunei. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian kontrak Musharakah Mutanaqisah dalam produk pembiayaan perumahan serta mengkaji isuisu perundangan yang terdapat di dalam kontrak tersebut. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kajian perpustakaan serta internet dan temuramah dengan pegawai bank dan peguam. Hasil kajian mendapati bahawa dari segi praktikalnya pengaplikasian Musharakah Mutanaqisah dalam produk pembiayaan perumahan telah mula mendapat tempat di kalangan institusi perbankan Islam. Namun begitu, kajian mendapati terdapat perselisihan pendapat di antara ulama' berhubung penerimaan kontrak ini berikutan wujudnya jaminan terhadap pembelian pemilikan bank pada harga nominal. Para ulama' berpendapat bahawa Musharakah Mutanaqisah tergolong dalam shirkah almilk yang membolehkan jaminan tersebut dibuat. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati kontrak Musharakah Mutanaqisah tergolong dalam shirkah al-milk di peringkat awal kontrak tetapi ia tidak boleh berterusan dianggap sebagai shirkah almilk memandangkan ia tidak memenuhi ciri-ciri shirkah al-milk sepenuhnya. Penelitian juga dibuat bagi mengenalpasti isu-isu dan masalah perundangan yang timbul daripada perlaksanaan kontrak Musharakah Mutanaqisah dalam produk pembiayaan perumahan. Kajian mencadangkan supaya pemakaian kontrak Musharakah Mutanaqisah ini diteliti dan diperhalusi bagi memastikan syarat-syarat keharusan produk dipenuhi.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | |
dc.rights | UKM | |
dc.title | Kontrak musharakah mutanaqisah dalam produk pembiayaan perumahan di Malaysia : satu tinjauan perundangan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 128 | |
dc.identifier.barcode | 002183 | |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85108+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 551.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.