Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463944
Title: | Undang-undang pengambilan tanah di Indonesia dan di Malaysia (suatu kajian perbandingan) |
Authors: | Mukmin Zakie (P35064) |
Supervisor: | Rohimi Shapiee, Prof. Dr. |
Issue Date: | 6-Feb-2011 |
Description: | Manusia, sepanjang kehidupannya selalu memerlukan dan berhubungan dengan tanah. Tanah merupakan salah satu sumber alam yang sangat penting ertinya bagi kehidupan manusia, bukan sahaja kerana fungsinya sebagai faktor produksi yang menghasilkan berbagai bahan makanan, tetapi juga kerana fungsi sosio-ekonominya. Ringkasnya, sepanjang kehidupan manusia, sejak dilahirkan sehingga meninggal dunia selalu berhubungan dan memerlukan tanah. Oleh itu pemilikan tanah merupakan salah satu hak asasi manusia yang mesti dijamin oleh perlembagaan. Pengambilan tanah tanpa asas undang-undang merupakan pelanggaran hak asasi tersebut. Tidak hanya bagi keperluan persendirian, kerajaan pun memerlukan tanah dalam mempergiatkan pelaksanaan pembangunan. Segala bentuk pembangunan sama ada pembangunan sosio-ekonomi ataupun pembangunan fizikal memerlukan tanah sebagai modal utama. Sering untuk pelaksanaan pembangunan tersebut kerajaan dengan 'terpaksa' mengambil tanah milik penduduk. Apabila berlaku perkara seperti ini maka terjadi pertembungan kepentingan di antara kepentingan kerajaan dan kepentingan penduduk yang sama-sama memerlukan tanah terkait. Oleh itu diperlukan undang-undang untuk mengaturnya. Di Indonesia pengambilan tanah ini diatur dalam Undang-undang Nombor 20 Tahun 1961; dan, Peraturan Presiden Nombor 36 Tahun 2005 dan dalam Peraturan Presiden Nombor 65 Tahun 2006, manakala di Malaysia diatur dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. Tujuan daripada kajian ini adalah mengkaji dan membandingkan bidang kuasa kerajaan dalam pengambilan tanah, kepentingan awam dan keberkesanan dalam pelaksaan pengambilan tanah sama ada dari segi prosedur dan persoalan pampasanan. Ini dilakukan dengan mengkaji kes-kes yang sedia ada. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif. Data kajian merangkumi data sekunder dengan bahan undang-undang primer yang terdiri daripada kajian literatur, putusan mahkamah dan undang-undang atau Akta. Hasil kajian menunjukkan adanya persamaan dan perbezaan dalam penguatkuasaan Akta di kedua-dua negara. Dari segi persamaan, pengambilan tanah adalah berasaskan Akta/Undang-undang, di mana wujudnya prosedur dalam pengambilan dan wujudnya pampasan. Manakala perbezaannya ada pada takrifan kepentingan awam, bermacam-macam bentuk pembangunan bagi kepentingan awam, bermacam-macam bentuk pampasan dan penyelesaian sengketa dan lain-lain lagi. Kajian ini diakhiri dengan kesimpulan dan cadangan bagi memberikan masukkan kepada kedua-dua negara dalam pengambilan tanah untuk kepentingan awam.,Ph.D |
Pages: | 432 |
Call Number: | C76.MUK 2011 2 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85088+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.