Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463943
Title: Keganasan rumahtangga terhadap suami: satu kajian kes sosio-perundagan di Pontianak, Indonesia.
Authors: M. Qahar Awaka (P44366)
Supervisor: Rohani binti Abdul Rahim, Datin Paduka Dr.
Keywords: Keganasan rumah tangga
Undang-Undang-Indonesia
Issue Date: 14-Mar-2011
Description: Undang-undang Dasar 1945 menjadi tonggak kepada amalan keadilan asasi di Indonesia. Ini di perjelaskan lagi dalam prinsip-prinsip yang digariskan oleh Pancasila, khususnya Sila ke 5 berkenaan Keadilan Sosial. Dalam kehidupan kekeluargaan, permasalahan keganasan dalam rumahtangga berlaku di sebabkan pelbagai faktor dan dizahirkan dalam bentuk dan jenis keganasan yang dilakukan oleh pasangan yang berumahtangga. Walaupun keganasan terhadap suami merupakan senario yang kurang lazim berlaku dan statistik kejadian keganasan terhadap suami ini agak kecil namun permasalahan ini mula meningkat dan mengambil tempat dalam masyarakat sedang membangun masakini, termasuklah di Pontianak. Oleh kerana perlakuan keganasan merupakan suatu jenayah di sisi undang-undang, maka mangsa keganasan rumahtangga termasuk suami berhak untuk mendapatkan perlindungan yang samarata seperti seorang isteri yang diganasi. Tesis ini melibatkan kajian mendalam terhadap kes-kes keganasan yang di lakukan isteri terhadap suami (seorang mangsa lelaki). Dengan itu, kajian ini menjawab beberapa persoalan berkaitan permasalahan keganasan rumahtangga terhadap suami. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana undang-undang Indonesia khususnya, Perundangan Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (UU RI Nomor 23 Tahun 2004) dan perundangan berkaitan dapat memberikan perlindungan kepada mangsa. Kajian ini juga menggunakan kaedah kajian sosio-perundangan dan pendekatan kualitatif. Ia mengutamakan kaedah deskripsi, kajian mendalam dan mengkaji secara holistik berhubung permasalahan keganasan rumahtangga terhadap suami. Reka bentuk bersifat kajian kes di Pontianak dipilih sebagai fokus kajian. Pengumpulan data menggunakan dua kaedah utama, iaitu kaedah temuramah dan kaedah pemerhatian kepada mangsa dan pegawai berkuasa di jabatan seperti Pejabat Polis, Pendakwa Raya dan Mahkamah. Buku, jurnal dan dokumen dirujuk daripada perpustakaan, statut, akhbar, laman web dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini boleh di buat beberapa kesimpulan. Di antaranya, keganasan isteri ke atas suami berlaku dalam masyarakat; kebergantungan ekonomi kepada isteri menyebabkan suami toleran kepada keganasan; kebanyakan mangsa tidak melapor secara formal; Undang-Undang Republik Indonesia, Nomor 23 Tahun 2004 dan perundangan berkaitan berperanan dalam menangani kes keganasan rumahtangga.,Master / Sarjana
Pages: 98
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85062+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.