Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463940
Title: Ajaran sesat dalam konteks hak mengamalkan agama : kajian kritis ke atas kedudukannya di sisi Perlembagaan Indonesia dan Malaysia
Authors: Ardiansah (P44965)
Supervisor: Che Norlia Mustafa, Dr.
Issue Date: 27-May-2013
Description: Kebebasan beragama merupakan isu yang sering diperdebatkan apabila timbul kes-kes ajaran sesat sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia. Kebebasan beragama memang termaktub di dalam Perlembagaan Indonesia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun terdapat perbezaan yang jelas diantara peruntukan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Indonesia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di dalam Perlembagaan Indonesia tidak dinyatakan secara begitu tegas seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tentang hak mengamalkan agama. Perbezaan peruntukan ini memberi impak yang signifikan kepada pelaksanaan hak mengamalkan agama di kedua-dua negara tersebut. Ketidak tegasan tersebut telah memberi pelbagai tafsiran mengenai hak mengamalkan agama. Ini telah mengakibatkan kekeliruan tentang sama ada seseorang itu berhak mengamalkannya berasaskan perlembagaan secara mana yang sukainya. Objektif kajian ini ialah untuk mencari penyelesaian perlembagaan kepada masalah yang diakibatkan oleh kelemahan peruntukan-peruntukan tersebut. Dalam mencapai objektif kajian, metod analisis kandungan digunakan, selain daripada pendekatan sejarah, jurispruden, falsafah, perbandingan, dan analitis-kritis. Hasil kajian menunjukkan bahawa dari perbandingan kedua-dua perlembagaan didapati adanya kelemahan peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Indonesia. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pindaan terhadap peruntukan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Indonesia sebagai langkah membendung ajaran sesat di Indonesia. Adalah diharapkan bahawa kajian ini boleh dijadikan garis panduan bagi penyelesaikan masalah yang dimaksudkan.,Ph.D
Pages: 414
Call Number: C63 .ARD 2013 2
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85032+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.