Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463939
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohimi Hj. Shapiee, Prof. Dr.
dc.contributor.authorHarlina Mohamed On (P35066)
dc.date.accessioned2023-09-26T02:39:35Z-
dc.date.available2023-09-26T02:39:35Z-
dc.date.issued2011-06-10
dc.identifier.otherukmvital:82007
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463939-
dc.descriptionPeraturan yang mengawal profesion guaman, misalnya kaedah publisiti, secara tradisinya mengandungi banyak larangan dan sekatan. Namun begitu, semenjak beberapa dekad yang lalu, larangan dan sekatan tersebut mula diliberal secara beransur-ansur, misalnya di negara-negara yang menganggotai Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, disebabkan ianya boleh menghalang kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti larangan dan sekatan yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia, menganalisa sama ada larangan dan sekatan tersebut mengimbangi kepentingan profesion dan awam, seterusnya memberi cadangan penambahbaikan terhadap kaedah publisiti tersebut. Peruntukan statut seperti Akta Profesion Undang-undang 1976, Kaedah-kaedah Profesion Undangundang (Amalan Dan Kesopanan) 1978, Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 dan Kaedah-kaedah Laman Sesawang Untuk Firma-firma Guaman 2005 dianalisa secara kualitatif, begitu juga Keputusan-keputusan Majlis Peguam yang berkaitan. Kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia dirujuk bertujuan untuk membanding dan menentukan sama ada pendekatan yang diambil oleh negara-negara berkenaan boleh diaplikasikan dalam konteks Malaysia. Suatu soal selidik mengenai persepsi peguam Malaysia terhadap publisiti dalam profesion guaman turut dijalankan. Kajian ini mendapati bahawa kaedah publisiti yang mengawal peguam tempatan terlalu restriktif serta tidak mengimbangi kepentingan profesion dan awam. Penyelidik justeru menyarankan agar penambahbaikan dilakukan terhadap kaedah sedia ada, dengan mengambil kira faktor, antaranya, kemunculan globalisasi, hak pengguna terhadap maklumat, dan perkembangan ICT. Moga saranan tersebut dapat membantu Majlis Peguam dalam membangunkan kaedah publisitinya dengan lebih konsisten bagi memenuhi keperluan semasa. Penyelidik turut mencadangkan isu-isu lain berhubung publisiti yang menuntut kajian dilakukan pada masa hadapan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectProfesion guaman
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaedah publisiti dalam profesion guaman Malaysia :keperluan penilaian semula
dc.typetheses
dc.format.pages442
dc.identifier.callnoC71.HAR 2011 2
dc.identifier.barcode001616
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_82007+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.18 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.