Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463932
Title: | Kemalangan Jalan Raya Di Kota Jambi, Indonesia: Satu Kajian Sosio Perundangan |
Authors: | Wiend Sakti Myharto (P44368) |
Supervisor: | Rohani Abdul Rahim, Datin Paduka Dr. |
Keywords: | emalangan Jalan Raya Di Kota Jambi Kota Jambi Kemalangan Jalan Raya Indonesia Kota Jambi Satu Kajian Sosio Perundangan Kemalangan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 6-Jun-2013 |
Description: | Masyarakat dalam negara moden sangat bergantung kepada pengangkutan yang berkesan untuk bergerak daripada suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Namun begitu pembangunan terhadap prasarananya tidak secepat pertambahan kenderaan pengangkutan di jalanraya. Orentasi pendidikan yang kurang menekankan keselamatan dan pematuhan undang-undang di jalanraya serta perlaksanaan undang-undang yang kurang tegas atau tidak bersifat mencegah oleh pihak berkuasa dan mahkamah telah mendorong kepada sikap cuai dan tidak peduli masyarakat pengguna jalanraya, khususnya di Kota Jambi.Kemalangan jalan raya di Jambi meningkat setiap tahun dan memberi kesan negatif kepada masyarakat sama ada mereka menyedari atau tidak. Ini boleh berlaku dalam bentuk nyata seperti kehilangan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda seperti kenderaan dan kemudahan prasarana.Kesan tidak nyata pula ialah seperti kehadiran amalan “budaya” negatif di jalanraya seperti mementingkan diri sendiri dan tidak mementingkan pengguna jalanraya lain, sikap enggan mematuhi undang-undang jalanraya, dan menganggap kemalangan sebagai risiko yang ditentukan oleh Tuhan tanpa berusaha mencegah terlebih dahulu.Penguatkuasaan yang kurang tegas boleh menyebabkan timbulnya budaya negatif ini. Perundangan yang baik sekalipun tidak akan dapat mencegah berlakunya kemalangan jalanraya selagi penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang tidak dijalankan selari dengan kehendak undang-undang untuk mencegah dan melindungi masyarakat sivil daripada ketidakadilan semasa di jalanraya. Kajian ini menggunapakai metodologi sosio-perundangan yang mengkaji secara mendalam tentang hubungan kemalangan jalanraya yang sangat rapat dengan sikap, amalan serta perilaku pemandu jalanraya yang mempengaruhi kepatuhan terhadap undang-undang jalanraya di Kota Jambi. Di antara penemuan dalam kajian ini ialah sikap ketidakpatuhan pemandu kenderaan di jalanraya Kota Jambi, Undang-Undang yang kurang tegas dan hukuman yang tidak bersifat mencegah, perlaksanaan dan penguatkuasaan yang lemah serta kurangnya pendidikan dan kesedaran terhadap kehendak undang-undang menyebabkan kemalangan jalanraya di Kota Jambi terus meningkat. Kewajipan pemerintah untuk memelihara keberkesanan dan keselamatan dari segi penyediaan fasiliti perlu ditegas, terutama dari segi tanggungjawab dan liabiliti yang ditetapkan oleh undang-undang khusus seperti Undang-Undang Tentang Lalu Lintas Dan Angkutan Jalan Uundang-Undang Nomor 22 Tahun 2009.,Master |
Pages: | 132 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74964+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.