Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463830
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismail Sahid, Prof. | - |
dc.contributor.author | Norhidayah Md Redzuan (P37478) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:40:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:40:22Z | - |
dc.date.issued | 2011-12-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114852 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463830 | - |
dc.description | Satu kajian kualiti air telah dilakukan di beberapa batang sungai yang terpilih di Cameron Highlands. Persampelan dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2007. Objektif bagi kajian ini ialah bertujuan untuk menganalisis kualiti air sungai yang melibatkan 15 buah stesen pensampelan. Didapati bahawa air dari 6 stesen persampelan merupakan sumber air bersih yang dibekalkan kepada penduduk tempatan dan selebihnya adalah stesen yang telah tercemar akibat daripada pelbagai aktiviti manusia. Beberapa parameter kualiti air seperti suhu, kekonduksian, pH, jumlah pepejal terlarut dan oksigen terlarut ditentukan secara in-situ dengan menggunakan alat YSI 556 multi parameter. Analisis makmal dilakukan bagi parameter fiziko-kimia seperti keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), ammonium nitrogen, nitrat, fosfat, sulfat dan potassium dianalisis menggunakan kaedah piawai American Public Health Association (APHA) dan HACH. Kepekatan logam berat ferum, kuprum, kromium, kadmium, plumbum dan zink dalam air dan sedimen ditentukan dengan menggunakan alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Manakala kepekatan pestisid organoklorin ditentukan dengan menggunakan alat kromatografi gas (GC). Data yang diperoleh kemudian dikira dan diklasifikasikan dengan indeks kualiti air (IKA) dan piawaian kualiti air kebangsaan Malaysia (NWQS). Hasil analisis yang diperoleh mendapati bahawa parameter TSS berada dalam julat 0.15 hingga 354.90 mg/L, DO berjulat di antara 4.49 hingga 8.23 mg/L, BOD berjulat di antara 0.14 hingga 3.36 mg/L, COD berjulat di antara 4.21 hingga 92.61 mg/L, pH berjulat di antara 5.59 hingga 8.15 manakala kepekatan parameter nutrien berjulat 0.02 hingga 91.00 mg/L. Kepekatan logam berat dalam air masih berada di bawah had piawaian NWQS, walau bagaimanapun kandungan logam berat dalam sedimen didapati lebih tinggi berbanding dalam air. Julat kepekatan logam berat dalam air berjulat di antara 0.0001 hingga 0.8103 mg/L manakala di dalam sedimen pula berkepekatan di antara 0.0055 hingga 1.6145 mg/Kg. Kepekatan pestisid organoklorin dalam air berjulat di antara 0.030 hingga 8.057 μg/L. Terdapat 14 komponen pestisid organoklorin yang telah dikesan dalam air sungai seperti β-BHC, ε- BHC, α-klordan, γ-klordan, aldrin, dieldrin, endrin, endosulfan I, endosulfan II, endosulfan sulfat, heptaklor epoksida, DDD, DDE, dan DDT. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan sungai di kawasan kajian berada dalam Kelas II dan III. Menerusi kajian Sistem Maklumat Geografi (GIS), perubahan guna tanah perhutanan mempunyai nilai perubahan yang paling ketara di Cameron Highlands di antara tahun 1989 hingga 2007. Ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan bererti di antara beberapa parameter fiziko-kimia. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kualiti air sungai di Cameron Highlands masih berada pada tahap bersih dan sederhana bersih. Kesimpulannya, aktiviti manusia yang semakin bertambah dan tidak terkawal dijangkakan boleh menyebabkan berlakunya penurunan kualiti air sungai pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Water quality -- Pahang -- Cameron Highlands | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian kualiti air bagi sungai-sungai terpilih di kawasan pertanian di Cameron Highlands, Pahang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 153 | - |
dc.identifier.callno | TD370.N646 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002459(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114852+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.