Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463826
Title: Sintesis kompleks logam-EDTA untuk sistem baja dan kajian fizik-kimia medium tanpa tanah bagi penanaman secara fertigasi
Authors: Farah Khuwailah Ahmad Bustamam (P46425)
Supervisor: Bohari M.Yamin, Prof. Dr.
Keywords: Agricultural chemicals
Ethylenediaminetetraacetic acid
Nitrogen in agriculture
Nitrogen fertilizers
Chemigation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2011
Description: Etilenadiaminatetrasetik (EDTA) merupakan ligan yang mudah larut dalam air dan sumber nitrogen yang dikenalpasti dapat menggantikan penggunaan sulfat dalam sistem baja. Kompleks EDTA dengan logam ferum, mangan, nikel dan kobalt telah disintesis daripada tindak balas logam sulfat dengan natrium etilenadiaminatetraasetat dalam larutan akuas. Data analisis mikrounsur dan spektroskopi inframerah masing-masing bersetuju dengan struktur kompleks Na[Fe(EDTA)(H2O)].2H2O (1), [Mn(HEDTA)(H2O)]2[Mn(H2O)6].4H2O (2), Na[Ni(HEDTA)(H2O)].0.5H2O (3) dan [Co(HEDTA)(H2O)]2[Co(H2O)6].2H2O (4). Struktur tersebut disokong oleh kajian struktur sinar-X yang mana kompleks (1), (2), (3) dan (4) masing-masing mempunyai sistem hablur monoklinik dengan kumpulan ruang Cc, monoklinik dengan kumpulan ruang P2(1)/n, ortorombik dengan kumpulan ruang Pccn, dan monoklinik dengan kumpulan ruang P2(1)/n. Kajian tentang sifat fizik kimia medium tanaman tanpa tanah serbuk sabut kelapa dan sekam padi dibakar masih belum meluas di negara ini. Medium serbuk sabut kelapa yang telah diproses mempunyai taburan saiz x≤ 125 μm (15.18%), 125 μm 500 μm (36.27%). Medium sekam padi yang telah dibakar pula mempunyai taburan saiz x≤ 125 μm (10.18%), 125 μm 500 μm (16.83%). Ujian serapan air terhadap kedua-dua medium bagi berat 25 gram pada julat saiz 250 μm
Pages: 126
Call Number: QD305.A2F347 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114837+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.