Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463823
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMusa bin Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRaja Zaidatul Akhmar Raja Jamaluddin (P41245)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:40:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:40:02Z-
dc.date.issued2011-11-28-
dc.identifier.otherukmvital:114824-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463823-
dc.descriptionPenyelidikan ini menumpukan kepada pembangunan sensor kimia optik untuk penentuan asid borik di dalam sampel makanan. Kajian ini meliputi pencirian dalam larutan menggunakan reagen D-sorbitol dan alizarin merah S (AMS) serta pemegunan reagen AMS dalam filem kaca sol gel dan mikrosfera akrilik. Dalam larutan, reagen D-sorbitol bersama penunjuk bromokresol hijau (BCG) telah menghasilkan kompleks D-sorbitol-AB yang berwarna biru manakala bagi reagen AMS menghasilkan kompleks AMS-AB yang berwarna merah dalam keadaan neutral (pH 7). Berdasarkan kajian larutan reagen Dsorbitol, julat rangsangan linear yang diperoleh ialah 1.6 x 10-3 -0.024 mM. Perubahan warna D-sorbitol berlaku dalam masa lebih kurang 5 s. Larutan reagen D-sorbitol mempunyai kestabilan foto yang baik (RSD 0.41%) untuk tempoh kajian selama 8 jam dengan nilai RSD kebolehulangan 2.29-3.06% untuk kepekatan asid borik 8.1 x 10-3 - 0.024 mM. Tindak balas reagen dalam larutan antara AMS dan asid borik pula memberikan hasil yang optimum pada kepekatan reagen 0.30 mM. Kajian kebolehulangan yang dilakukan memberikan nilai RSD yang memuaskan (0.64-0.24%) pada julat kepekatan asid borik 0.14-0.16 mM. Kajian kestabilan foto selama 8 jam memberikan nilai RSD 0.08%. Sensor kimia yang dibangunkan dalam kajian ini berasaskan kaedah spektrofluorometri dan AMS terpegun dalam filem sol-gel memberikan rangsangan dalam masa tiga min, julat rangsangan linear 0.016-0.05 mM dan had pengesanan (LOD) 0.01 mM. Nilai RSD kebolehulangan ialah 3.89-4.21%. Kajian gangguan ion mendapati ion Fe3+ mengganggu apabila nisbah kepekatan asid borik terhadap ion pengganggu pada 1:5. Sensor asid borik berasaskan AMS yang terpegun dalam mikrosfera akrilik memberi masa rangsangan dalam masa 1 min. Julat linear kepekatan asid borik diperoleh dalam julat 1.6 x 10-3 -0.032 mM dengan nilai LOD 0.001 mM. Kebolehulangan sensor kimia optik adalah memuaskan dengan nilai RSD dalam julat 3.31-3.62%. Kesan gangguan yang signifikan diperhatikan daripada ion Fe3+ apabila nisbah kepekatan asid borik terhadap ion pengganggu pada 1:1. Sensor yang dibangunkan telah diaplikasikan untuk penentuan kepekatan asid borik dalam sampel mi kuning dan kueh teow. Kedua-dua sensor kimia optik didapati telah memberikan keputusan yang menyamai keputusan yang diperoleh dengan kaedah plasma gandingan aruhan-spektrometri pancaran optik (ICP-OES). Jaringan neural tiruan (ANN) juga diaplikasikan untuk memanjangkan julat dinamik dalam kajian larutan dan pemegunan. Keputusan menunjukkan ANN yang dilatih menggunakan arkitektur tiga lapisan memberikan nilai ramalan kepekatan asid borik yang terbaik. ANN terlatih ini dapat mengoptimumkan rangsangan kedua-dua sensor kimia optik dan memanjangkan julat linear yang terhad iaitu 10-30 mg/L dan 1-20 mg/L kepada julat linear rangsangan yang merangkumi hampir keseluruhan julat kepekatan asid borik yang dikaji iaitu 10-200 mg/L dan 1-200 mg/L masing-masing untuk AMS terpegun dalam filem sol-gel dan mikrosfera akrilik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectChemical detectors-
dc.subjectBoric acid-
dc.subjectChemical apparatus-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan sensor kimia optik berasaskan reagen alizarin merah's terpegun dalam filem sol-gel dan filem mikrosfera akrilik bagi penentuan asid borik-
dc.typetheses-
dc.format.pages185-
dc.identifier.callnoTP159.C46R338 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002430(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114824+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
727.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.