Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463821
Title: | Analisis metabolit dan pengekspresan gen-gen yang diaruh oleh asid salisilik dalam daun Polygonum minus |
Authors: | Lee Szer Hui (P46449) |
Supervisor: | Ismanizan Ismail, Prof. Mayda Dr. |
Keywords: | Polygonum Polygonaceae Aromatic plants Metabolites Salicylic acid Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Jun-2011 |
Description: | Polygonum minus atau kesum merupakan sejenis tumbuhan aromatik yang dapat menghasilkan pelbagai sebatian aromatik yang berguna dalam industri pewangi, farmaseutikal, makanan dan minuman. Kesan asid salisilik (SA) terhadap kandungan metabolit dalam daun P. minus dikaji dengan menggunakan analisis kromatografi gasspektrometri jisim (GC-MS). Elisitasi SA dijalankan terhadap daun kesum pada beberapa kepekatan (0 mM, 0.1 mM, 0.5 mM, 1.0 mM dan 5.0 mM) dengan jangka masa yang berbeza (1 hari dan 3 hari). Perubahan ketara dapat diperhatikan dalam penghasilan metabolit sekunder dalam pokok kesum yang diperlakukan dengan 0.5 m MSA selama 3 hari berbanding dengan kawalan. Sebanyak 6 sebatian iaitu dekana, dekanal, dodekanal, α-kariofilena, β-kariofilena dan β-farnesen didapati wujud secara konsisten dan mempunyai perubahan mendadak. Di antara sebatian-sebatian ini, kandungan sesquiterpena (α-kariofilena, β-kariofilena dan β-farnesen) adalah tertinggi iaitu sebanyak 28.87 % manakala aldehid alifatik (dekanal dan dodekanal) terdiri daripada 25.31 % dan kandungan alkana (dekana) adalah 1.67 %. Oleh itu, gen-gen yang diaruh oleh SA dan menyebabkan peningkatan dalam penghasilan metabolit sekunder dikaji dengan membina perpustakaan cDNA melalui kaedah penghibridan subtraktif (suppression subtractive hybridization). RNA keseluruhan daripada daun kesum yang diperlakukan dengan 0.5 mM SA selama 3 hari dijadikan sebagai 'tester' manakala RNA keseluruhan daripada daun kesum kawalan dijadikan sebagai 'driver'. Sebanyak 541 koloni putih daripada perpustakaan cDNA subtraktif dipilih secara rawak dan diamplifikasikan dengan PCR. Sebanyak 238 klon berjaya menghasilkan jalur tunggal dan klon-klon ini disaring melalui analisis Northern Berbalik. Hasil penyaringan menunjukkan sebanyak 64 klon cDNA mempamerkan pengekspresan yang tinggi dan sederhana selepas diperlakukan dengan SA. Klon-klon ini dihantar untuk analisis penjujukan dan hasil analisis dibandingkan dengan jujukan dalam pangkalan data GenBank di NCBI melalui BLAST. Kumpulan gen yang berkaitan dengan tekanan dan pertahanan mewakili 23.1 % perpustakaan cDNA manakala gengen yang terlibat dalam kloroplas dan fotosintesis serta metabolisme amino asid masing-masing mewakili 5.8 %. Kira-kira 9.6 % klon terlibat dalam pengawalaturan pengekspresan gen diikuti dengan 7.7 % dan 3.8 % masing-masing terdiri daripada modifikasi dinding sel dan organisasi komponen sel. Sebanyak 3.8 % daripada klonklon adalah berkaitan dengan tenaga, 9.6 % dalam protein pengawalaturan, 9.6 % protein yang tidak dikenali dan 21.2 % gen-gen novel dapat diperhatikan dalam perpustakaan cDNA. Beberapa klon yang terlibat dalam penghasilan metabolit sekunder aromatik dan bertindak balas terhadap tekanan dipilih untuk analisis RTPCR. Klon-klon tersebut adalah protein jari RING-zink (Nilai-E: 2e-9), protein elisitasi pantas 20 Avr9/Cf-9 (Nilai-E: 1e-9), homolog DnaJ (Nilai-E: 5e-25), S-adenosil-Lmetionina sintetase (Nilai-E: 4e-12) dan xiloglukan endotransglikosilase/hidrolase (Nilai-E: 4e-24). Hasil analisis RT-PCR menunjukkan peningkatan pengekspresan bagi 5 klon yang disenaraikan di atas. S-adenosil-L-metionina sintetase merupakan gen yang terlibat dalam tapak jalan biosintesis fenilpropanoid untuk menghasilkan metabolit sekunder aromatik dalam tumbuhan. Protein jari RING-zink, protein elisitasi pantas 20 Avr9/Cf-9, homolog DnaJ dan xiloglukan endotransglikosilase/hidrolase pula terlibat dalam tindak balas terhadap tekanan abiotik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 126 |
Call Number: | QK496.P78L436 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114751+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 628.09 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.