Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463820
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Mohd Noor, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Azinuddin Ahmad Mokhtar (P45159)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:39:53Z-
dc.date.available2023-09-25T09:39:53Z-
dc.date.issued2011-08-18-
dc.identifier.otherukmvital:114750-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463820-
dc.descriptionKerapu Harimau (Epinephelus fuscoguttatus) tergolong dalam famili Serranidae, yang terdiri daripada 5 sub-famili (Anthiinae, Epinephelinae, Grammistinae, Liopropomatinae dan Serraninae) serta mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kesannya, pendaratan ikan telah dilakukan secara melampau yang mengakibatkan Kerapu Harimau diancam kepupusan. Pelbagai insentif telah diambil oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi membiakan spesies ini secara akuakultur. Program persenyawaan terpilih yang berkesan dirangka dengan bantuan penanda mikrosatelit terhadap populasi yang terdapat di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong. Mikrosatelit dipilih berikutan sifatnya yang mempunyai polimorfisme yang tinggi, taburan yang luas dalam genom serta perwarisan adalah secara kodominan. Empat populasi yang dikaji adalah sangkar IPP (Institut Penyelidikan Perikanan) (IPP1) (96 ekor), Kota Kinabalu (KK) (28 ekor), Tawau (30 ekor) dan kolam IPP (IPP2) (30 ekor). Hanya satu sampel DNA digunakan bagi memencilkan mikrosatelit serta merekabentuk pencetus. Kaedah pengkayaan perpustakaan dipilih bagi memencilkan pelbagai jenis ulangan mikrosatelit dengan bantuan prob oligonukleotida berbiotin pada hujung 5' yang turut mempunyai jujukan ulangan. Prob-prob ini membentuk ikatan affiniti dengan bit streptavidin. Serpihan DNA yang dipencilkan diklon dalam vektor pGEM-T dan transformasi pada sel kompeten JM109. Plasmid ditulenkan bagi tujuan penjujukan. Penjujukan serta analisis jujukan berjaya mengenalpasti sebanyak 378 mikrosatelit yang boleh dipecahkan kepada mono-(46), di-(175), tri-(109), tetra-(36), penta-(7), hexa-(4) dan heptanukleotida (1). Sebanyak 162 pasangan pencetus telah direkabentuk daripada jujukan mikrosatelit yang dikenalpasti, walau bagaimanapun hanya 43 pasangan pencetus sahaja yang disintesis dengan majoritinya membawa ulangan dinukleotida. Daripada 43 pasangan pencetus, hanya 22 pasangan pencetus didapati menunjukkan sifat lokus yang polimorfik manakala selebihnya adalah monomorfik ataupun tidak memberikan sebarang produk amplifikasi. Sepuluh pasangan pencetus dipilih dan digunakan dalam analisis serpihan terhadap semua sampel. Hasilnya, alel yang diperhatikan berjulat antara 10 hingga 30 manakala alel yang efektif berjulat di antara 2.76 hingga 15.43. Manakala, heterozigositi bagi setiap lokus yang mana, HO dan HE masing-masing berjulat antara 0.6532-0.9244 dan 0.6397-0.9379. Pokok fenetik menunjukkan populasi IPP1 mempunyai perhubungan genetik yang paling jauh berbanding populasi lain. Bagi persenyawaan terpilih, sebanyak 39 pasangan yang mempunyai julat jarak genetik 3.00-3.30 dicadangkan untuk disenyawakan supaya menghasilkan progeni dengan variasi genetik yang tinggi serta dapat mengekalkan kepelbagaian genetik E. fuscoguttatus yang tinggi di FRI. Keseluruhannya, penanda mikrosatelit yang dibina telah berjaya menentukan kesesuaian pasangan baka-baka Kerapu Harimau untuk pembiakbakaan populasi baka yang sihat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEpinephelus-
dc.subjectSerranidae-
dc.subjectAnimal genetics -- Analysis-
dc.subjectGenetics -- Analysis-
dc.subjectMicrosatellites (Genetics)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembinaan penanda mikrosatelit bagi pemilihan baka kerapu harimau (Epinephelus fuscoguttatus) (forsskal 1775)-
dc.typetheses-
dc.format.pages194-
dc.identifier.callnoQH452.2.M844 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002422(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114750+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
112.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.