Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463819
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAidil Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorWan Nazatul Naziah Wan Nawi (P41720)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:39:49Z-
dc.date.available2023-09-25T09:39:49Z-
dc.date.issued2011-04-18-
dc.identifier.otherukmvital:114749-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463819-
dc.descriptionKajian kesan pengaktifan semula aktiviti enzim malik (ME), asid lemak sintase (FAS) dan ATP-sitrat liase (ACL) terhadap lipogenesis dalam Cunninghamella sp. 2A1 dikaji dalam kultur suap kelompok. Pengkulturan dilakukan dalam kelalang goncangan 500 mL yang mengandungi 200 mL medium terhad nitrogen dan dieram selama 120 jam pada suhu 30 oC dengan goncangan 250 psm. Pengasaian aktiviti spesifik enzim, kepekatan amonium, glukosa, biojisim dan peratus kandungan lipid ditentukan selangan 24 jam. Hasil menunjukkan apabila kehabisan sumber nitrogen di dalam medium pada 24 jam, di dapati aktiviti spesifik ME, FAS dan ACL menurun dengan signifikan seiring dengan terhentinya pengumpulan lipid walaupun kultur masih mengandungi glukosa. Oleh kerana penurunan aktiviti enzim berlaku seiring dengan kehabisan sumber nitrogen, maka eksperimen yang sama diulangi dengan penyuapan semula amonium tartarat ke dalam kultur pada 72 jam pengkulturan. Di dapati selepas enam jam penyuapan semula amonium tartarat sehingga 1 g/L, aktiviti spesifik ME meningkat dua kali ganda manakala FAS dan ACL masing-masing meningkat sebanyak 86% dan 60%. Walau bagaimanapun tiada peningkatan jumlah lipid terkumpul yang dicerap sehingga ke akhir pengkulturan. Apabila eksperimen diulangi dengan penyuapan semula amonium tartarat bersama-sama glukosa (sehingga 30 g/L), hasil yang sama juga diperolehi di mana berlakunya peningkatan semula aktiviti spesifik ME, FAS dan ACL tanpa peningkatan jumlah lipid terkumpul. Walau bagaimanapun apabila eksperimen diulangi dengan penyuapan semula amonium tartarat, glukosa dan komponen medium lengkap (ekstrak yis, unsur surih, K+, PO4+, Mg2+), di dapati peningkatan semula aktiviti spesifik enzim berlaku diiringi dengan peningkatan jumlah lipid terkumpul daripada 30% kepada 40%. Perbandingan profil aktiviti isoform ME dikaji antara dua penyuapan iaitu penyuapan amonium tartarat bersama-sama glukosa dan kombinasi penyuapan amonium tartarat, glukosa dan komponen medium lengkap. Selepas penyuapan dengan amonium tartarat bersama-sama glukosa, isoform E di dapati tidak memberikan peningkatan keamatan yang signifikan. Akan tetapi selepas penyuapan dengan amonium tartarat, glukosa dan komponen medium lengkap, keamatan isoform E meningkat seiring dengan peningkatan jumlah lipid yang terkumpul. Ini menunjukkan bahawa isoform E memainkan peranan yang penting dalam mengatur pengumpulan lipid dalam Cunninghamella sp. 2A1.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLipids-
dc.subjectBiochemistry-
dc.subjectPathogenic fungi-
dc.subjectEnzymes-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKepentingan enzim malik (ME) dalam pengaturan biosintesis lipid dalam Cunninghamella sp. 2A1-
dc.typetheses-
dc.format.pages96-
dc.identifier.callnoQP751.W338 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002421(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114749+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.