Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463818
Title: Penyaringan aktiviti biologi pelbagai ekstrak miselium cendawan tempatan Amauroderma sp. daripada Royal Belum
Authors: Fatimah Diana Amin Nordin (P30136)
Supervisor: Endom Ismail, Dr.
Keywords: Ganodermataceae -- Malaysia -- Analysis
Mushrooms -- Nutrition
Mushrooms -- Malaysia
Mycelium -- Analysis
Antioxidants
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Sep-2011
Description: Ahli daripada famili Ganodermataceae telah dilapor mempunyai aktiviti antitumor, antivirus, antibakteria dan antioksida yang telah diguna secara meluas dalam bidang perubatan tradisional. Salah satu spesies tempatan daripada famili ini iaitu Amauroderma sp. telah diambil daripada hutan Royal Belum dan diguna dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, tiada kajian meluas dilakukan terhadap aktiviti biologi sebatian aktifnya. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan bagi menyaring empat aktiviti biologi pelbagai ekstrak kasar dan polisakarida Amauroderma sp. Kesemua pencilan ekstrak kasar dan polisakarida diperoleh daripada pengkulturan miselium. Kaedah pengekstrakan piawai diguna bagi persediaan kesemua ekstrak rebusan air, ekstrak metanol larut air, ekstrak etanol, ekstrak metanol kecuali polisakarida menggunakan kaedah pemendakan etanol. Ujian kesitotoksikan dijalankan ke atas titisan sel kanser ovari (CaOV-3) dan sel hati normal Chang. Kajian penyaringan aktiviti antivirus telah dilakukan ke atas sel Vero. Ujian antivirus menggunakan HSV-1 sebagai virus yang menjangkiti sel Vero telah diberi perlakuan dengan dua kaedah berbeza iaitu perawatan dan perencatan. Penyaringan aktiviti antibakteria telah dilakukan ke atas beberapa jenis bakteria gram positif dan negatif. Ujian penyaringan antioksida dilakukan dengan menggunakan kaedah pengasaian radikal bebas 1,1-difenil-2-pikril-hidrazil (DPPH) dan dibaca pada 517 nm. Kesemua ekstrak mempamerkan aktiviti sitotoksisiti rendah berdasar nilai kepekatan perencatan yang tinggi pada kedua-dua titisan sel. Dalam penyaringan antivirus, kepekatan sitotoksik yang dipamerkan oleh ekstrak air panas adalah 6.4 mg/mL dan etanol 7.9 mg/mL. Walaubagaimanapun, ekstrak polisakarida, metanol dan metanol larut air tidak menunjukkan sebarang aktiviti sitotoksik. Hasil kajian juga menunjukkan tiada aktiviti antiHSV-1 diperolehi pada kedua-dua jenis rawatan yang diberi. Tiada aktiviti antibakteria yang signifikan diperoleh daripada kesemua ekstrak. Hasil kajian penyaringan antioksida menunjukkan kadar peratusan penyingkiran radikal bebas yang tinggi terutamanya ekstrak etanol iaitu 93.6% diikuti oleh rebusan air (92.65%), metanol (88.83%) serta polisakarida (85.75%) pada kepekatan 4 mg/mL. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelbagai ekstrak Amauroderma sp. mempunyai potensi yang tinggi sebagai antioksida setara dengan antioksida terkenal lain di pasaran. Walaubagaimanapun, cerapan kajian juga menunjukkan ketiadaan ciri-ciri kesitotoksikan, antibakteria dan antivirus ekstrak kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 117
Call Number: QK629.G18F347 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114748+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.