Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463817
Title: | Sintesis dan pencirian filem zink oksida,magnesium oksida dan kalsium oksida dengan kaedah pertumbuhan kimia akueus |
Authors: | Yong Leng Chuan (P39565) |
Supervisor: | Azmi Abdul Hamid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Metallic oxides -- Synthesis Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-May-2011 |
Description: | Kajian ini dilakukan untuk menghasilkan beberapa filem oksida logam melalui kaedah pertumbuhan kimia akueus (PKA). ZnO, MgO dan CaO merupakan oksida logam yang telah berjaya disintesiskan melalui kaedah ini. Kesan suhu sepuh lindap dan kehadiran pengubah permukaan seperti polietilena glikol (PEG) dan etilenadiamina (EN) pada lapisan benih terhadap morfologi filem oksida logam yang termendap telah dikaji. Pencirian XRD mendapati bahawa filem ZnO yang ditumbuhkan dengan kaedah ini adalah berfasa tunggal dengan struktur heksagonal dan mempunyai puncak pembelauan pada (100), (002), (101), (102) dan (110), manakala filem MgO adalah berstruktur kubus dan mempunyai puncak pembelauan pada (101), (111) dan (200). Keamatan puncak pembelauan sinar-X yang tinggi didapati untuk kedua-dua filem ZnO dan MgO apabila suhu sepuh lindap lapisan benih dilakukan melebihi 240°C. Ini adalah disebabkan suhu penguraian bahan prapenanda logam asetat yang digunakan untuk membentuk lapisan benih adalah bermula dari 200°C. Pencerapan SEM menunjukkan saiz purata hablur filem ZnO dan MgO yang dimendapkan masingmasing bertambah dari 50nm kepada 250nm dan dari 5μm kepada 8μm apabila suhu sepuh lindap lapisan benih ditingkatkan dari 60°C ke 480°C. Kehadiran pengubah permukaan pada lapisan benih didapati mempunyai kesan terhadap filem oksida yang ditumbuhkan. Filem MgO dengan PEG dalam lapisan benih menghasilkan morfologi berbentuk rod dengan panjang purata 160nm dan menghasilkan morfologi sfera berdiameter 10μm apabila menggunakan EN dalam lapisan benih. Filem MgO tanpa menggunakan pengubah permukaan dalam lapisan benih menghasilkan morfologi berbentuk kubus bersaiz purata 90nm. Pemerhatian serupa juga didapati pada filem CaO iaitu menghasilkan bentuk rod dengan panjang purata 100nm dan berdiameter 20nm dengan menggunakan PEG, dan berbentuk sfera berdiameter purata 5nm dengan menggunakan EN. Manakala filem CaO tanpa menggunakan pengubah permukaan dalam lapisan benih menghasilkan morfologi berbentuk jarum yang halus dengan panjang purata 10nm. Spektrum belauan sinar-X tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara lapisan benih yang ditambah agen pengubah permukaan dan tanpa kehadiran agen pengubah permukaan. Di samping itu, DSC dan TGA juga menunjukkan puncak kehilangan berat dan takat lebur bagi kedua-dua lapisan benih yang mempunyai agen permukaan dan tanpa kehadiran agen permukaan adalah setara. Ini menunjukkan agen permukaan tidak mempengaruhi struktur ikatan lapisan benih dan lebih bersifat sebagai agen pengubah permukaan pada lapisan benih yangmempengaruhi morfologi filem yang ditumbuhkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 86 |
Call Number: | QD181.O1Y644 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114739+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 17.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.