Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463816
Title: Pengelasan dan simulasi berangka hujan lampau di Semenanjung Malaysia
Authors: Loh Wei Tian (P41351)
Supervisor: Liew Ju Neng, Dr.
Keywords: Rain and rainfall -- Malaysia
Rain and rainfall -- Mathematical models
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Aug-2011
Description: Kajian ini menyelidik tren dan corak reruang hujan lampau yang berlaku di Semenanjung Malaysia dari 1998 hingga 2007 serta corak peredaran atmosfera sinoptik yang berkaitan. Set data hujan Semenanjung Malaysia diekstrak daripada data bergrid Tropical Rainfall Measuring Mission (TRMM) dan sebanyak 199 titik grid diperolehi. Hari dengan sekurang-kurangnya sepuluh titik grid yang mencatat hujan yang melebihi 95 persentil dalam jangka masa panjang akan dikenalpasti sebagai hari hujan lampau. Kriteria ini menghasilkan sebanyak 183 hari hujau lampau dalam tempoh kajian. Berdasarkan kepada data ini, tren kekuatan dan frekuensi hujan lampau adalah menurun di mana tren ini adalah tidak nyata secara statistik. Untuk mengenalpasti corak hujan lampau, analisis komponen prinsipal (PCA) dilaksanakan ke atas dataset untuk mendapat mod variasi dominan daripada data. Analisis kelompok jenis min-k bukan hierarki kemudian dilaksanakan ke atas dua belas komponen prinsipal pertama yang dikekalkan di mana komponen prinsipal ini menerangkan sebanyak 82% daripada jumlah varians. Lapan corak reruang hujan lampau telah dikenalpasti dengan empat corak hujan lampau berpusat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, dua corak di pertengahan Semenanjung Malaysia dan satu di utara dan selatan Semenanjung Malaysia masing-masing. Setiap corak hujan lampau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Plot taburan frekuensi corak mengikut musim juga menunjukkan bahawa kebanyakan peristiwa lampau berlaku pada musim sejuk Hemisfera Utara. Komponen angin (kedua-dua zonal dan meridional) dan kelembapan spesifik dikompositkan berasaskan kepada corak hujan lampau tersebut. Pelbagai gangguan atmosfera yang berskala sinoptik bertanggungjawab ke atas corak hujan lampau tersebut telah dikenalpasti. Kajian awal pemodelan berangka juga dijalankan ke atas satu kes hujan lampau di kawasan Kuantan dengan penggunaan model mesoskala Pennsylvania State University -National Center for Atmospheric Research (MM5). Kes yang dipilih ini (12-14 Februari 2006) adalah disebabkan oleh pembentukan sistem perolakan di luar pantai timur berdekatan dengan kawasan Kuantan. Berdasarkan kepada data grid cerapan TRMM, jumlah penerimaan hujan melebihi 100 mm dalam masa 24 jam. Sinoptik analisis mencadangkan bahawa peristiwa ini berlaku disebabkan peredaran angin timuran aras rendah yang berterusan ke atas topografi Semenanjung Malaysia dan kehadiran pusaran Borneo sehari sebelum hujan lampau ini berlaku. Diagram termodinamik juga menunjukkan bahawa keadaan atmosfera adalah sangat tepu. MM5 telah menghasilkan corak kerpasan yang baik. Namun demikian, lokasi kerpasan yang disimulasi adalah terletak di sebelah timur berbanding dengan cerapan dan jumlah penerimaan hujan juga dianggarkan lebih rendah. Selain itu, model dapat mensimulasi peredaran timur laut yang kuat dari Lautan Pasifik. Untuk memahami mekanisme fizikal yang bertindak ke atas kes hujan lampau ini, struktur hujan lampau ini dianalisis secara mencancang dan mengufuk. Model juga mencadangkan bahawa pembebasan haba pendam dari Laut China Selatan dan pembekalan wap air dari selatan/tenggara menghasilkan kawasan penumpuan paras rendah dan pergerakan mencancang di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, topografi tempatan memainkan peranan untuk pergerakan mencancang dalam struktur teras hujan lampau ini. Ini menyebabkan hujan lampau di Kuantan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 86
Call Number: QC925.5.M4L634 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114738+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.