Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463815
Title: Penyediaan komposit getah asli / polietilena berketumpatan tinggi / sekampadi (Nr / Hdpe/ Sp) terawat getah asli terepoksida cecair (Lenr)
Authors: Rahmadini Syafri (P41565)
Supervisor: Ibrahim Abdullah, Prof Dr.
Keywords: Polyethylene
Rice hulls
Composite materials
Thermoplastic composites
Polymeric composites
Epoxy compounds
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2010
Description: Komposit getah asli termoplastik (TPNR) berpengisi sekam padi (SP) telah dihasilkan dengan kaedah pengadunan leburan menggunakan mesin pencampuran dalaman Brabender Plasticorder. Adunan matriks TPNR disediakan daripada getah asli (NR) dan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) pada nisbah 60/40. Parameter pemprosesan yang optimum untuk matrik NR/HDPE diperolehi pada suhu 135oC, kadar pencampuran 50 rpm dan masa pengadunan 12 minit, sedangkan bagi komposit NR/HDPE/SP diperolehi pada suhu 135oC, kadar pencampuran 45 rpm dan masa pengadunan 12 minit. Pemilihan pengisi sekam padi bertujuan sebagai pengisi penguat dalam komposit yang disediakan oleh kerana sekam padi memiliki kandungan silika yang cukup tinggi dan berpotensi sebagai pengukuh fasa komposit TPNR. Sekam padi sebagai pengisi juga memiliki beberapa kelemahan antaranya, sifat hidrofilik permukaan sekam padi yang menyebabkan ketidakserasian dan ikatan antara muka yang lemah antara pengisi dan matriks polimer yang bersifat hidrofobik. Rawatan kimia ke atas permukaan sekam padi tanpa rawatan (SPi) dijalankan dengan kaedah pengalkalian (NaOH) sebagai pra-rawatan dan seterusnya penyalutan dengan getah asli terepoksida cecair (LENR). Beberapa kepekatan larutan NaOH digunakan dalam kaedah pra-rawatan sekam padi, dan kepekatan berkesan diperolehi ialah 5% larutan (SPiNa). Penyalutan SPi dengan LENR juga dilakukan pada beberapa kepekatan berbeza iaitu 5% hingga 20% (SPiNaLE) dalam larutan toluena. Pencirian sekam padi dijalankan melalui analisis FTIR, mikroskop optik dan mikrograf SEM. Penilaian sifat mekanik ke atas komposit terisi SP menunjukkan nilai yang optimum adalah pada sekam padi terawat alkali serta rawatan 10% LENR (SPiNaLE 2) dengan nilai tegasan dan hentaman masing-masing 6.9 MPa dan 24.6 kJ/m2. Kesan pengisian SPiNaLE 2 ke dalam matrik NR/HDPE pada peratusan kandungan pengisi daripada 10% hingga 30% juga turut dikaji dan didapati nilai tegasan dan hentaman mengalami penurunan pada pembebanan pengisi yang tinggi akibat daripada pembentukan aglomerat, akan tetapi modulus regangan dan kekerasan komposit meningkat. Analisis terma mekanik dinamik juga menunjukkan interaksi yang wujud antara SPiNaLE 2-Matriks adalah lebih berkesan berbanding SPi-Matriks berdasarkan puncak tan delta (Tg) yang semakin beranjak ke suhu yang lebih tinggi. Dapat disimpulkan bahawa kaedah rawatan NaOH-LENR ke atas pengisi sekam padi telah berjaya mengurangkan sifat hidrofilik sekam padi seterusnya meningkatkan interaksi antara muka SPi-Matriks yang membawa kepada peningkatan sifat mekanik komposit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains Kimia
Pages: 118
Call Number: TA418.9.C6R336 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114737+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.