Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463812
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latiff Mohamed, Prof. Emer. Dato' Dr.
dc.contributor.authorKwek Mei Jiun (P46554)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:39:29Z-
dc.date.available2023-09-25T09:39:29Z-
dc.date.issued2011-03-25
dc.identifier.otherukmvital:114682
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463812-
dc.descriptionTerdapat sebanyak sembilan spesies Rinorea direkod di Semenanjung Malaysia. Taburan genus ini meliputi kawasan hutan tanah rendah, batu kapur serta kawasan gunung dengan altitud sehingga 1000 m. Kajian sistematik genus Rinorea bertujuan untuk menghuraikan ciri morfologi, anatomi dan palinologi spesies di Semenanjung Malaysia, seterusnya menghasilkan huraian yang terkini untuk setiap spesies dan kekunci kepada spesies, serta menentukan hubungan antara spesies melalui analisis numerik. Kajian perbandingan ciri morfologi telah dijalankan ke atas 314 spesimen di herbarium UKMB, KLU, KEP dan SING, spesimen tip dan kajian di lapangan. Ciri-ciri morfologi dicerap daripada organ vegetatif dan organ pembiakan. Bahagian daun dikaji dengan teknik mikrotom untuk pemerhatian ciri anatomi. Debunga diimbas dengan mikroskop elektron. Kajian morfologi perbandingan menunjukkan bahawa R. bengalensis, R. javanica, R. lanceolata dan R. longiracemosa merupakan spesies yang sangat polimorfik. Peruratan tertier membahagikan spesies Rinorea kepada dua kumpulan utama. Rinorea anguifera, R. bengalensis, R. horneri, R. lanceolata dan R. sclerocarpa mempunyai peruratan jenis perkuren, manakala R. javanica, R. longiracemosa, R. macrophylla dan R. virgata mempunyai peruratan jenis retikulat. Rinorea javanica, R. lanceolata (sebahagian), R. macrophylla dan R. sclerocarpa mempunyai infloresen panikel. Rasem pula terjumpa pada R. longiracemosa. Rinorea bengalensis dan R. horneri mempunyai infloresen berkelompok. Kajian anatomi menunjukkan bentuk petiol dan tulang daun yang bervariasi dalam R. anguifera, R. bengalensis dan R. horneri. Terdapat berkas vaskular tambahan dalam berkas vaskular utama pada tulang daun R. anguifera. Rinorea horneri mempunyai lima berkas aksesori di setiap belah pada petiol daun. Debunga Rinorea berbentuk segitiga dan apertur debunga yang tricolporat dan triporat. Ukiran pada permukaan debunga adalah jenis psilat atau berliang. Analisis numerik menunjukkan bahawa R. bengalensis, R. lanceolata dan R. longiracemosa membina buku yang berlainan dalam kumpulan masing-masing pada keserupaan 75%. Rinorea bengalensis var. Wallichiana comb. nov., R. lanceolata var. maingayi comb. nov. dan R. longiracemosa var. Cordata var. nov telah dihuraikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ijazah Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectViolaceae -- Malaysia
dc.subjectBiology
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKajian sistematik genus rinorea (violaceae) di Semenanjung Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages164
dc.identifier.callnoQK495.V5K876 2011 tesis
dc.identifier.barcode002389(2011)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114682+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
808.11 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.