Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463809
Title: Pengekspresan gen Leucosporidium antarcticum pada suhu pertumbuhan sejuk melampau
Authors: Izwan Bharudin (P43125)
Supervisor: Farah Diba Abu Bakar, Dr.
Keywords: Yeast -- Expression
Yeast -- Genetic engineering
Gene expression
Microbial genetic engineering
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jan-2011
Description: Leucosporidium antarcticum merupakan yis psikrofilik obligat yang bermandiri pada suhu di bawah takat beku. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan mencirikan gen-gen L. antarcticum yang diperlukan untuk sel bermandiri pada suhu sejuk melampau. Sebanyak tiga perpustakaan cDNA telah dibina dan analisis penanda jujukan terungkap (EST) telah dijalankan untuk mengenal pasti gen L. antarcticum yang diekspreskan pada suhu pertumbuhan berbeza, 15°C, 0°C dan -12°C. Perpustakaan cDNA dibina daripada mRNA yang diekstrak daripada sel teraruh-suhu tersebut. Titer primer bagi perpustakaan cDNA pada suhu pertumbuhan 15°C, 0°C dan -12°C masing-masing adalah 3.97 x 105 cfu/mL, 2.76 x 106 cfu/mL dan 2.30 x 106 cfu/mL manakala purata saiz selitan cDNA masing-masing adalah 1300 pb, 1200 pb dan 900 pb. Sebanyak 5376 klon daripada setiap perpustakaan cDNA telah dipilih secara rawak dan dijujuk, menghasilkan sejumlah 4894 (perpustakaan 15°C), 5019 (perpustakaan 0°C) dan 5102 (perpustakaan -12°C) jujukan berkualiti tinggi. Analisis pengkelompokan menghasilkan 2950 (perpustakaan 15°C), 2590 (perpustakaan 0°C) dan 2760 (perpustakaan -12°C) transkrip unik. Analisis perbandingan homologi menunjukkan lebih 70% transkrip unik daripada ketiga-tiga perpustakaan cDNA mempunyai persamaan dengan jujukan protein pada pangkalan data nr, National Center for Biotechnology Information (NCBI) dan daripada ini, lebih 90% transkrip unik L. antarcticum mempunyai padanan dengan jujukan protein kulat. Beberapa jujukan EST L. antarcticum yang dipercayai mempunyai peranan dalam mekanisme adaptasi suhu-sejuk seperti jujukan mengekod enzim asid lemak desaturase (DES), protein anti beku (AFP), protein kejutan haba (HSP) dan beberapa enzim beradaptasisejuk seperti protease serina dan α-amilase telah dikenal pasti. Sebanyak lima gen DES dan sembilan gen AFP dipilih untuk analisis pengekspresan gen menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa sebenar (RT-qPCR). Secara amnya, tahap pengekspresan semua gen DES dan AFP adalah tinggi pada -12°C berbanding 0°C dan 15°C. Pengekspresan DES6, DES9, DES12_1, DES12_2 dan DES15 adalah tinggi sebanyak dua hingga tiga kali ganda pada suhu rendah (-12°C) berbanding pada 0°C dan 15°C. Tahap pengekspresan AFP4, AFP5, AFP6, AFP8 dan AFP9 pula menunjukkan pengekspresan tidak lebih daripada dua kali ganda pada suhu rendah -12°C berbanding suhu tinggi (15°C). Tahap pengekspresan AFP1, AFP2 dan AFP7 pula adalah tinggi sebanyak dua hingga empat kali ganda pada -12°C berbanding pada 0°C dan 15°C. Tahap pengekspresan AFP3 pula meningkat sehingga sembilan kali ganda pada -12°C berbanding 0°C dan 15°C. Daripada kajian ini, beberapa gen yang dipercayai mempunyai peranan dalam mekanisme adaptasi suhusejuk melampau telah berjaya dikenal pasti daripada jujukan EST L. antarcticum dan profil pengekspresan beberapa gen pada suhu sejuk telah menyokong kepentingan gen-gen tersebut yang mungkin terlibat secara langsung dalam mekanisme adaptasi terhadap suhu sejuk.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 176
Call Number: QR151.I998 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114632+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.