Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463808
Title: | Kesuperkonduksian dan pembentukan fasa (Tl0.5Pb0.5-xMx)Sr2CaCu2O7 dengan M=Bi dan Cr untuk x = 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4 dan 0.5 |
Authors: | Mega Fatmasari (P47352) |
Supervisor: | Roslan Abd Shukor, Prof. Dr. |
Keywords: | Superconductors High temperature superconductors Superconductivity Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jun-2011 |
Description: | Superkonduktor (Tl0.5Pb0.5-xMx)Sr2CaCu2O7 (Tl-1212) dengan M = Bi dan Cr untuk x = 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4 dan 0.5 telah disediakan dengan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Bahan strontium oksida, kalsium oksida dan kuprum oksida dengan jisim tertentu dikisar sehingga homogen dan dipanaskan pada suhu 900 ◦C selama 24 jam dengan pengisaran lagi di antaranya. Bahan kemudiannya ditambah dengan talium oksida, plumbum oksida dan bismut oksida atau kromium oksida dan kemudian ditekan dalam bentuk pelet dengan diameter 1.3 cm dan ketebalan 0.2 cm. Pelet kemudian dipanaskan dan dialirkan oksigen selama 4 min pada suhu 1000 ◦C. Kaedah penduga empat titik dan kerentanan arus ulang-alik digunakan untuk menentukan suhu genting, Tc. Kedua-dua kaedah menunjukkan hasil pengukuran yang saling menyokong. Bahan (Tl0.5Pb0.5-xBix)Sr2CaCu2O7 untuk x = 0.0-0.5 menunjukkan suhu genting dengan Tc tertinggi pada x = 0.1 (102 K). Mikrograf FE-SEM menunjukkan bahawa penggantian Bi pada Pb mengurangi tahap peleburan dan menstabilkan fasa 1212. Lengkung rintangan elektrik melawan suhu bahan (Tl0.5Pb0.5-xCrx)Sr2CaCu2O7 untuk x = 0.0-0.5 menunjukkan bahawa bahan dengan x = 0.5 memperoleh Tc tertinggi iaitu 113 K. Sehubungan dengan meningkatnya nilai x, Tc sampel meningkat, akan tetapi kandungan fasa Tl-1212 menurun dengan meningkatnya fasa Tl-1201 dan 1223. Bahan dengan x = 0.3 mempunyai dua titik suhu mula, dengan suhu genting tertinggi disebabkan fasa Tl-1223. Terdapat pertambahan saiz butiran bagi sampel dengan penggantian Cr seperti yang ditunjukkan dalam mikrograf FE-SEM. Saiz butiran mempunyai saiz sekecil 0.683m dan sebesar 2.2m. Pembelauan sinar-X untuk kedua-dua sistem menunjukkan bahawa fasa Tl-1212 ialah maksimum pada x = 0.0 sebanyak 97%. Ini menunjukkan Pb lebih efektif dalam pembentukan fasa Tl- 1212. Sementara itu penggantian Bi dan Cr dalam jumlah yang besar menghasilkan peningkatan fasa 1201 dan 1223 masing-masing. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat peranan yang berbeza daripada penggantian Bi dan Cr dalam pembentukan fasa 1212 dan 1223.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 73 |
Call Number: | QC611.95.M436 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114627+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.