Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463804
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Mahir Razali, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohammad Syafiq Sapuan (P52233) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:39:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:39:07Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114491 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463804 | - |
dc.description | Kajian potensi tenaga angin semakin meluas di seluruh dunia. Ini berdasarkan fakta yang menunjukkan sumber konvensional (petrol dan gas, arang batu dan lain-lain), semakin berkurangan. Di Malaysia, penggunaan tenaga angin boleh diklasifikasikan sebagai permulaan. Dua belas stesen meteorologi telah dipilih di Semenanjung Malaysia. Stesen yang terlibat ialah stesen Bayan Lepas, stesen Alor Setar, stesen Chuping, stesen Kota Bharu, stesen Kuala Terengganu, stesen Ipoh, stesen Cameron Highland, stesen Subang, stesen Kuantan, stesen Melaka, stesen Mersing, dan stesen Senai. Kajian ini menggunakan dua set data iaitu data harian untuk tahun 2008 serta 2009 dan data halaju maksimum angin tahunan selama 33 tahun bermula tahun 1975 sehingga tahun 2008. Untuk data halaju angin harian, Taburan Weibull telah dipadankan dan output anggaran tenaga angin telah dihitung. Analisis yang berikutnya adalah menggunakan data halaju maksimum angin untuk meramalkan halaju maksimum angin pada 10, 15, 30, 50, 100 tahun akan datang. Data telah dipadankan dengan taburan Gumbel dan peramalan halaju angin maksimum dihitung. Perisian Surfer 7 digunakan untuk membuat pemetaan angin berdasarkan kaedah Kriging. Kajian ini telah berjaya menentukan potensi tenaga angin di 12 stesen kajian di Semenanjung Malaysia. Daripada hasil kajian, stesen Mersing menunjukkan output purata bulanan tenaga angin yang paling tinggi dibandingkan dengan stesen-stesen lain iaitu 14.83 W/m2 diikuti oleh stesen Kota Bharu iaitu 10.16 W/m2, dan stesen Kuala Terengganu iaitu 6.33 W/m2 manakala stesen yang lain menunjukkan output tenaga angin yang sangat lemah. Berdasarkan hasil analisis peramalan halaju maksimum angin; bagi tempoh peramalan yang singkat iaitu 10 tahun sehingga 30 tahun akan datang, risiko berlakunya angin ribut berhalaju tinggi melebihi 17m/s adalah rendah. Berbeza untuk tempoh kajian yang panjang iaitu 50 tahun sehingga 100 tahun, hampir semua lokasi stesen berisiko tinggi menghadapi angin ribut berhalaju tinggi melebihi 20m/s. Kajian ini telah berjaya menghasilkan pemetaan potensi tenaga angin, dan pemetaan peramalan halaju maksimum angin untuk pertama kali di Semenanjung Malaysia. Kesimpulannya, tempat-tempat seperti Mersing, Kota Bharu, dan Kuala Terengganu mempunyai potensi tenaga angin yang rendah. Di kawasan lain pula, didapati tiada potensi tenaga angin untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik. Pembinaan kincir angin di Semenanjung Malaysia dilihat tidak ekonomik dari segi kos, penggunaan, dan keberlangsungan. Secara keseluruhan, Semenanjung Malaysia tidak mempunyai potensi tenaga angin yang memuaskan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Wind power -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kajian pemetaan potensi tenaga angin dan ramalan halaju angin maksimum di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 119 | |
dc.identifier.callno | TJ820.M834 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002304(2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114491+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.