Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463803
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Asmat Ahmad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Syuhana Zakaria (P43134) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:39:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:39:05Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114490 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463803 | - |
dc.description | Kajian diversiti dan potensi aktinomiset marin sebagai penghasil bahan bioaktif masih belum meluas diterokai di Malaysia. Dalam kajian ini, sebanyak tujuh aktinomiset marin yang dipencilkan dari sumber dan lokasi berbeza di Malaysia telah digunakan. Kesemua pencilan telah dikenalpasti melalui pendekatan molekul dan konvensional. Gen 16S rRNA setiap pencilan telah dijujuk dan hubungan filogenetik dengan spesies terhampir juga dikaji. Pencilan juga dicirikan dari segi morfologi, biokimia dan fisiologi. Tujuh medium berbeza telah dipilih bagi ujian pertumbuhan optimum dan penghasilan pigmen. Pencilan juga disaring untuk mengesan kehadiran gen poliketida sintase (PKS-I) dan peptida sintetase bukan ribosom (NRPS) yang terlibat dalam penghasilan metabolit sekunder. Penyaringan aktiviti antimikrob terhadap 10 patogen iaitu Staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA), Staphylococcus aureus ATCC 11632, Pseudomonas aeruginosa, Vibrio parahaemolyticus ATCC 17802, Proteus mirabilis ATCC 12453, Serratia marcescens ATCC 13880, Escherichia coli ATCC 10536, Aeromonas hydrophila, Candida albicans dan Aspergillus fumigatus telah dilakukan menggunakan kaedah resapan cakera. Satu pencilan yang menunjukkan aktiviti paling kuat telah dipilih untuk kajian selanjutnya. Kepekatan perencatan minimum (MIC) bagi ekstrak etil asetat pencilan ini telah ditentukan melalui kaedah pencairan mikrokaldu di dalam piring mikrotiter. Berdasarkan analisis jujukan gen 16S rRNA, dua pencilan telah dikenalpasti adalah dari famili Micrococcaceae, tiga lagi pencilan tergolong dalam famili Streptomycetaceae manakala dua pencilan tidak dapat dikenalpasti. Kesemua pencilan ini adalah marin fakultatif kerana dapat tumbuh dalam medium tanpa atau dengan penambahan air laut. Pencilan-pencilan yang telah dikenalpasti menepati ciri asas aktinobakteria iaitu bakteria Gram positif dengan kandungan G+C dalam DNA adalah melebihi 55% mol. Pertumbuhan optimum bagi pencilan yang tidak berspora ialah di atas agar Soya Tripton manakala bagi pencilan berspora ialah agar Kanji-Pepton. Bagi penghasilan pigmen, agar Pepton-Gliserol adalah yang paling bagus. Pengesanan kehadiran gen PKS-I (1200-1400 pb) dan NRPS (700-800 pb) menunjukkan hanya dua pencilan mempunyai kedua-dua gen tersebut. Lima pencilan lain mempunyai salah satu gen sahaja dalam genom. Pencilan Streptomyces sp. Sdts4 yang telah menunjukkan aktiviti antimikrob paling kuat telah dipilih untuk analisis selanjutnya. Nilai MIC ekstrak kasar pencilan Stds4 terhadap MRSA ialah 0.8 μg/mL. Hasil kajian ini menunjukkan aktinomiset yang dipencilkan dari persekitaran marin di Malaysia berpotensi sebagai penghasil bahan antimikrob dan boleh menjadi sumber penting bagi pemencilan sebatian bioaktif baru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Actinomycetales -- Malaysia | - |
dc.subject | Marine microbiology -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengenalpastian, pertumbuhan dan aktiviti antimikrob beberapa pencilan aktinomiset marin dari Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 110 | - |
dc.identifier.callno | QR82.A35N846 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002303(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114490+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.