Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463802
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Rozali Othman, Prof. Dr
dc.contributor.authorLee Loong Chuen (P51345)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:39:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:39:02Z-
dc.date.issued2012-06-22
dc.identifier.otherukmvital:114489
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463802-
dc.descriptionPengenalpastian identiti dakwat pen pada dokumen yang dipertikaikan merupakan langkah penting dalam bidang pemeriksaan dokumen forensik. Dalam kajian ini, prinsip asas untuk aplikasi mikro-ATR-FTIR yang digabungkan dengan teknik analisis multivariat telah dibangunkan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai kebolehlaksanaan aplikasi mikro-ATR-FTIR dan analisis multivariat dalam klasifikasi dan pembezalayan dakwat pen hitam dari model dan jenama berbeza. Sebanyak 155 sampel yang terdiri daripada 40 model dan sembilan (9) jenama telah disampel dari pasaraya di Subang Jaya. Ciri-ciri dakwat pen hitam telah dianalisis dengan mikro-ATR-FTIR. Spektrum yang diperolehi menunjukkan terdapatnya perbezaan di antara pen yang berlainan jenama/model. Seterusnya, data spektrum yang diperolehi dianalisis dengan teknik analisis multivariat: analisis pengelompokan (CA), diikuti dengan analisis komponen utama (PCA) dan akhirnya analisis diskriminasi (DA) menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Ketepatan klasifikasi yang melebihi 70% berjaya dicapai melalui analisis multivariat dari segi pasangan kumpulan (multivariate pairwise group analyses). Carta alir untuk mengenalpasti identiti dakwat pen berjaya dibangunkan berdasarkan kehadiran atau ketidakhadiran perbezaan yang signifikan antara spektrum sampel dengan spektrum rujukan pada pembolehubah yang terpilih. Secara amnya, spektrum dakwat pen dapat dibezakan dengan lebih baik pada peringkat jenama berbanding dengan peringkat model. Manakala, pembezalayan antara spektrum dakwat pen yang sama model dan jenama tetapi berlainan saiz hujung mata tidak tercapai. Meskipun perbezaan sepenuh antara pen berdasarkan jenama dan model tidak dapat dicapai, keputusan yang diperolehi menunjukkan gabungan mikro-ATR-FTIR dan analisis multivariat berupaya bertindak sebagai satu alat pembezalayan yang pantas dan mudah untuk membezakan dakwat pen berdasarkan jenama dan model yang terpilih.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFourier transform spectroscopy
dc.subjectLegal documents -- Identification
dc.subjectWriting -- Identification
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenggunaan spektrum inframerah dan analisis multivarians dalam klasifikasi dan pembezalayan dakwat hitam pen mata bulat
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.callnoQC454.F7L434 2012 tesis
dc.identifier.barcode002302(2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114489+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.