Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463801
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Zainal, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorAzhane Ahmad (P48983)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:39:00Z-
dc.date.available2023-09-25T09:39:00Z-
dc.date.issued2012-09-27
dc.identifier.otherukmvital:114486
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463801-
dc.descriptionBuah betik (Carica papaya L. kv. Sekaki) merupakan buah jenis klimakterik yang mempunyai nilai ekonomi namun mempunyai hayat simpanan yang singkat disebabkan peningkatan penghasilan etilena yang tinggi seiring dengan peningkatan kadar perlembutan yang mendadak semasa pemasakan buah. Penggunaan 1- metilsiklopropena (1-MCP), sejenis antagonis tindakan etilena didapati berjaya melambatkan pemasakan beberapa jenis buah klimakterik termasuk betik. Penyimpanan suhu rendah (10 oC) pula berpotensi memanjangkan hayat simpanan buah dengan memperlahankan aktiviti-aktiviti perubahan berkait pemasakan. Namun begitu, penyimpanan buah pada suhu rendah untuk tempoh yang lama menimbulkan fenomena kecederaan sejuk (KS) pada buah. Perlakuan 1-MCP dan haba (HT) didapati berkesan mengurangkan simptom KS bagi buah betik yang disimpan pada suhu 10 oC selama 28 hari dengan melindungi membran daripada gangguan metabolisma yang akhirnya menyebabkan KS pada buah. Kesan perlakuan 1-MCP dan kejut haba pada suhu ambien (28 oC) dan selepas penyimpanan suhu rendah terhadap perubahan berkait pemasakan telah dikaji dengan mencerap perubahan fisiologi dan biokimia semasa pemasakan buah, pengukuran aktiviti _- dan _- galaktosidase, pektin metilesterase (PME) serta xilanase yang kesemuanya enzim berkait perlembutan buah betik. Selain itu, pengekspresan gen _- dan _-galaktosidase serta reseptor etilena. Hasil menunjukkan bahawa perlakuan 1-MCP (90 ppb, 12 jam) ke atas buah yang disimpan pada suhu ambien memperlahankan perubahan warna sehingga 7 hari berbanding 5 hari bagi kawalan. Manakala bagi penyimpanan suhu rendah (LT), kombinasi perlakuan 1-MCP dan kejut haba (38 oC, 6 jam) mencatatkan kehilangan ketegaran paling rendah berbanding perlakuan lain selepas dipindahkan ke suhu ambien. Kehilangan ketegaran dikatakan berlaku seiring dengan peningkatan aktiviti enzim berkait perlembutan buah. Aktiviti _- dan _-galaktosidase di dalam buah kawalan didapati meningkat sepanjang pemasakan dan aras aktiviti paling tinggi iaitu 5.51 nkatal/g tisu dan 8.0 nkatal/g tisu masing-masing didapati berlaku pada peringkat 100 % kuning. Aktiviti PME dan xilanase buah kawalan juga meningkat seiring dengan kehilangan ketegaran secara mendadak dan aras aktiviti tertinggi didapati berlaku pada tahap 100 % kuning iaitu 221.45 nsetara/g tisu dan 5.29 nkatal/g tisu masing-masing. Namun, aktiviti enzim berkait perlembutan ini dapat ditekan melalui perlakuan 1-MCP, kejut haba dan penyimpanan suhu rendah. Melalui RTPCR, aras transkrip _-galaktosidase dan reseptor etilena bagi buah kawalan dan HTMCP didapati meningkat sepanjang pemasakan tetapi pengekspresan gen-gen tersebut didapati rendah dalam buah HTMCP berbanding kawalan terutamanya pada hari penyimpanan terakhir pada suhu rendah. Namun begitu, pengekspresan gen _- galaktosidase dalam buah kawalan dan HTMCP didapati tinggi pada awal pemasakan buah dan aras transkrip didapati menurun pada akhir pemasakan dan tidak berkolerasi dengan perlembutan tisu buah. Hasil kajian ini mencadangkan perlakuan 1-MCP dan haba berupaya melambatkan kemerosotan ketegaran buah, menekan aktiviti enzim dan pengekspresan gen yang mengekodkan enzim berkait perlembutan serta merendahkan simptom KS seperti yang ditunjukkan dalam buah HTMCP.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFruit -- Postharvest technology
dc.subjectPlants -- Effect of ethylene on
dc.subjectFruit -- Storage
dc.subjectPapaya
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan perlakuan 1-Metilsiklopropena (1-MCP) dan haba terhadap perubahan berkait perlembutan buah betik sekaki semasa pemasakan dan penyimpanan suhu rendah
dc.typetheses
dc.format.pages126
dc.identifier.callnoQK753.E8A994 2012 tesis
dc.identifier.barcode002299(2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114486+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.