Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463796
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlan Abd Ghaffar, Prof.-
dc.contributor.authorNor Idayu Abd Wahab (P48439)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:38:47Z-
dc.date.available2023-09-25T09:38:47Z-
dc.date.issued2011-12-29-
dc.identifier.otherukmvital:114369-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463796-
dc.descriptionKajian ini telah dijalankan untuk memperihal perkembangan larva, menentukan jenis mikroalga yang sesuai, untuk mengkaji gerak balas larva terhadap aruhan agen kimia dalam proses penempatan dan untuk menentukan kesan biofilem semulajadi, gabungan biofilem dan agen kimia optimum serta kesan permukaan substrat dalam merangsang proses penempatan larva kupang. Pengkulturan larva kupang Perna viridis (Linnaeus 1758) diberi diet alga Isocrysis galbana dan Pavlova lutheri (kultur I). Kombinasi diet ini telah dipraktikkan di pusat pembenihan kupang. Kajian dan pemerihalan perkembangan embrio dan larva kupang dijalankan dalam tempoh 14 hari. Hasil menunjukkan proses pembahagian sel sehingga peringkat blastula berenang terbentuk dalam tempoh hampir 20 minit. Larva kemudiannya memasuki peringkat trokofor selepas hampir 16 jam (purata panjang 60±0μm), veliger selepas 24 jam (purata panjang 80±0μm, kadar tumbesaran 14.33μm hari-1), umbo pada hari ke 8 (purata panjang 191±16μm, kadar tumbesaran 23.33μm hari-1) dan pediveliger pada hari ke 12 (purata panjang 269±25μm, kadar tumbesaran 15μm hari-1). Pada peringkat pediveliger, larva telah bersedia untuk menempat dengan kehadiran kaki. Manakala kesan pengubahsuaian diet diuji dengan gabungan I. galbana dan Chaetoceros calcitrans sebagai kultur II. Kultur I memberikan perkembangan larva lebih tinggi pada peringkat veliger berbanding kultur II (purata panjang 81±4.44µm, kadar tumbesaran 11.33μm hari-1). Pada peringkat umbo, kultur II memberikan perkembangan yang lebih baik (172±12.4µm, kadar tumbesaran 32.33μm hari-1) berbanding kultur I. Manakala kadar tumbesaran larva pediveliger lebih tinggi dalam kultur I berbanding kultur II (purata panjang 304±18.85µm, kadar tumbesaran 12.5µm hari-1) (p<0.05). Selain proses penempatan secara semulajadi, kira-kira 400 individu larva yang bersedia untuk menempat telah diaruhkan menggunakan agen kimia tiruan dan agen semulajadi. Empat agen kimia iaitu asid γ-aminobutrik (GABA), 3-isobutil-1-metilxantin (IBMX), choline dan serotonin serta tiga lebihan ion ialah K+, Ca2+ dan NH4+ telah diuji. Namun begitu, agen kimia tidak mengaruhkan proses penempatan larva (p>0.05) berbanding kawalan. Sebaliknya, aruhan penempatan menggunakan biofilem yang direndam lebih lama (9 hari) memberikan peratus penempatan paling tinggi iaitu 31-33% (39-44 larva per rawatan) secara bererti (p<0.05) berbanding kawalan. Biofilem yang dibina dalam tempoh lebih singkat iaitu 6 dan 2 hari hanya mengaruh masing-masing sebanyak hari 23% (35 individu larva per rawatan) dan 2 hari 13-21% (39 individu larva per rawatan) serta tidak bererti (p>0.05) berbanding kawalan. Lebihan ion K+ telah ditambah pada biofilem 9 hari untuk meningkatkan keberkesanan aruhannya. Namun gabungan ini tidak memberikan peningkatan peratus penempatan berbanding aruhan biofilem sahaja. Pendedahan larva kepada permukaan substrat berbiofilem menunjukkan permukaan kasar lebih cenderung dilekati oleh larva berbanding permukaan licin. Hasil kajian ini menunjukkan strategi pengubahsuaian diet dengan menggantikan P. lutheri dengan diatom C. calcitrans berjaya meningkatkan perkembangan dan penempatan larva. Penggunaan agen kimia tiruan tidak memberikan sebarang gerak balas bererti terhadap penempatan larva berbanding biofilem. Larva kupang juga lebih teraruh untuk menempat pada permukaan kasar berbiofilem yang terbentuk sekurang-kurangnya 9 hari berbanding permukaan licin. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya memperihalkan perkembangan embrio dan larva kupang normal yang diternak di pusat penternakan kupang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMussels-
dc.subjectMytilidae-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian perkembangan dan aruhan proses penempatan larva kupang Perna viridis-
dc.typetheses-
dc.format.pages92-
dc.identifier.callnoQL430.7.M95N646 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002262(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
59.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.