Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463790
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Fairus Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFazira Firdaus (P93013)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:38:30Z-
dc.date.available2023-09-25T09:38:30Z-
dc.date.issued2019-08-22
dc.identifier.otherukmvital:111725
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463790-
dc.descriptionGetah asli cecair (LNR) merupakan hasil daripada pendepolimeran getah asli (NR)kepada rantai yang lebih pendek dan berat molekul yang lebih rendah tanpa sebarang perubahan pada mikrostruktur. Dalam kajian ini, hidrogel berasaskan LNR disintesis melalui kaedah pempolimeran radikal bebas dengan monomer asid akrilik (AAc)menggunakan kalium persulfat (KPS) sebagai bahan pemula dan N,Nmetilenabisakrilamida (MBA) sebagai agen taut silang. Kajian penjerapan pewarna metilena biru (MB) menggunakan hidrogel LNR/AAc dijalankan. Hidrogel yang terhasil dicirikan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), dan analisis termogravimetrik (TGA). Kesan parameter seperti nisbah berat LNR:AAc, kepekatan MBA, dan pH ke atas pembengkakan hidrogel dijalankan. Darjah pembengkakan hidrogel yang maksimum (1251.54%) direkodkan apabila nisbah berat LNR:AAc, (1:2) digunakan yang disebabkan kehadiran kumpulan berfungsi karboksil dalam struktur AAc dan mampu untuk menarik lebih banyak molekul air ke dalam rangkaian hidrogel. Selain itu, kepekatan MBA yang tinggi menyebabkan darjah pembengkakan hidrogel yang rendah. Hal ini demikian kerana kepekatan MBA yang tinggi menghasilkan rangkaian taut silang yang padat dan menyukarkan pergerakan rantaian polimer dalam proses pengangkutan air. Dapatan ini diperkukuhkan melalui analisis morfologi menggunakan mikroskopi imbasan elektron (SEM). Seterusnya, pembengkakan hidrogel pada pH 12.0 didapati lebih tinggi berbanding pH 1.0 kerana pada pH tinggi daya elektrostatik penolakan anion, COO- menyebabkan pembengkakan dan daya serapan air hidrogel tinggi. Pengoptimuman penghasilan hidrogel dijalankan menggunakan RSM. Terdapat tiga parameter yang dikaji dalam pengoptimuman ini iaitu nisbah berat AAc:LNR, kepekatan KPS dan kepekatan MBA. Model kuadratik dengan pekali penentuan (R2), 0.9833 menjelaskan peratus penyingkiran metilena biru menggunakan hidrogel. Berdasarkan model kuadratik yang diperoleh, keadaan optimum hidrogel LNR/AAc bagi penyingkiran MB adalah pada nisbah berat AAc:LNR, 2.59 g/g, kepekatan KPS, 0.08 M, dan kepekatan MBA, 0.08 M yang memberikan peratus penyingkiran MB, 92.57%. Seterusnya, kajian kinetik dan isoterma penjerapan dijalankan menggunakan hidrogel LNR/AAc yang optimum. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penjerapan MB menggunakan hidrogel LNR/AAc mematuhi model kinetik tertib pseudo-kedua dan model isoterma Freundlich.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGetah asli cecair
dc.subjectHidrogel
dc.subjectPolimer
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHidrogel berasaskan getah asli cecair (LNR) sebagai bahan penjerap metilena biru
dc.typetheses
dc.format.pages75
dc.identifier.barcode004227(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111725+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.