Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463785
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norefrina Shafinaz Md Nor, Dr. | |
dc.contributor.author | Farah Nadiah Rosli (P85599) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:38:18Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:38:18Z | - |
dc.date.issued | 2019-06-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:111721 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463785 | - |
dc.description | Kumbang palma merah (RPW) atau nama saintifiknya Rhynchophorus ferrugineus merupakan serangga perosak utama bagi tumbuhan palma serata dunia dengan sifat pemakanannya yang cepat. Kajian kali ini bertujuan bagi mengenalpasti bakteria dominan usus penghadaman RPW dan mengaitkannya dengan penghasilan hormon penghadaman yang penting iaitu serotonin dan dopamin. Pengenalpastian bakteria dominan usus penghadaman telah dilakukan dengan membandingkan komuniti bakteria usus penghadaman RPW lapangan (kawalan positif) dengan RPW belaan makmal dan RPW diet steril (kawalan negatif) melalui kaedah penjujukan 16S metagenomik. Seterusnya pengkuantitian hormon serotonin dan dopamin serta pengkuantitian gen reseptor serotonin 5-HT2A yang terekspress telah dilakukan terhadap ketiga-tiga perlakuan RPW bagi mengetahui kesan penindasan bakteria dominan di dalam sampel kawalan negatif terhadap penghasilan serotonin dan dopamin. Kaedah yang digunakan ialah ELISA dan tindak balas rantaian polimerase masa nyata. Hasil kajian menunjukkan bahawa bakteria endosymbionts2, Enterobacteriaceae (Klebsiella aerogenes ATCT 2190), Spiroplasma, Leuconostoc, dan Lactobacillus menunjukkan ciri dominan di dalam usus penghadaman RPW dengan peratus OTU sebanyak 32.79%, 107.21%, 107.16%, 7.7%, dan 8.3%. Antara bakteria-bateria ini, hanya Leuconostoc dan Lactobacillus sahaja menunjukkan peningkatan peratus OTU yang selari dengan peningkatan penghasilan serotonin dan dopamin (RPW lapangan> RPW belaan makmal> RPW diet steril). Keputusan ELISA juga menunjukkan terdapatnya interaksi signifikan antara perlakuan terhadap RPW dengan penghasilan serotonin (P<0.05=0.0284) tetapi tidak bagi dopamin (P>0.05=0.1187). Pengkuantitian pengekspresan gen 5-HT2A juga menunjukkan terdapatnya kadar penurunan yang signifikan antara RPW Lapangan dengan RPW Diet Steril (usus tengah) dan RPW Belaan Makmal (Usus Belakang), P<0.05, P=0.020, 0.031. Data ini jelas menunjukkan penindasan terhadap bakteria dominan dalam usus penghadaman RPW (Sampel Kawalan Negatif) akan menyebabkan penurunan terhadap penghasilan serotonin dan seterusnya mempengaruh perilaku makan RPW melalui pengekspresan gen 5-HT2A. Pemahaman tentang kesan bakteria dominan usus penghadaman terhadap penghasilan hormon penghadaman RPW boleh dijadikan sebagai model contoh dalam memahami sistem pemakanan serangga lain pada masa hadapan selain daripada membantu pemahaman dalam pembentukan strategi kawalan serangga perosak RPW yang baru seperti aplikasi terhadap bakteria simbion penting yang dikenalpasti sebagai sasaran dalam teknik IIT (Incompatible Insect Technique) atau teknik paratransgenesis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rhynchophorus ferrugineus | |
dc.subject | Kumbang palma merah | |
dc.subject | Hormon penghadaman | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kajian terhadap hubungan antara bakteria usus penghadaman simbion dengan penghasilan hormon penghadaman serotonin dan dopamin dalam Rhynchophorus ferrugineus dewasa (coleoptera: dryophthoridae) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 122 | |
dc.identifier.barcode | 004223(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111721+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.