Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463783
Title: Sintesis 5-hidroksilmetilfurfural daripada selulosa tandan kosong sawit
Authors: Fatin Afifah Ahmad Kuthi (P72859)
Supervisor: Khairiah Haji Badri, Prof. Dr.
Keywords: Selulosa
Tandan kosong sawit
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2019
Description: Kajian ini melihat potensi selulosa daripada serabut tandan kosong sawit (TKS) terhidrolisis bagi perolehan glukosa yang ditukarkan kepada sebatian furan iaitu 5-hidroksilmetilfurfural (HMF). Pengekstrakan a-selulosa dijalankan dan melibatkan tiga peringkat iaitu (i) pengekstrakan alkohol-benzena bagi penyingkiran ekstraktif, (ii) pengekstrakan holoselulosa yang melibatkan penyingkiran lignin dan (iii) rawatan beralkali bagi menyingkirkan hemiselulosa. a-selulosa komersial (a-selulosak) digunakan sebagai rujukan piawai. Spektrum FTIR mengesahkan kehilangan puncak C=O dan C=C bagi lignin dan hemiselulosa masing-masing pada nombor gelombang 1732 cm-1 dan 1512 cm-1. Analisis pembelauan sinar-X menunjukkan penghasilan polimorf jenis II selepas rawatan penyingkiran lignin dan hemiselulosa menggunakan larutan akues natrium hidroksida (NaOH) berkepekatan 17.5 %(w/w). Analisis morfologi memperlihatkan perbezaan antara selulosa TKS dan a-selulosak di mana saiz partikel bagi a-selulosak adalah lebih kecil berbanding selulosa TKS. Sifat terma selulosa TKS mengalami perubahan di mana suhu onset dan suhu peralihan kaca (Tg) semakin meningkat selepas penyingkiran lignin dan hemiselulosa dijalankan. Hidrolisis berasid ke atas selulosa TKS dijalankan menggunakan larutan asid sulfurik, H2SO4 berkepekatan 4 %(v/v) selama 1 jam telah berhasil menukarkan selulosa kepada glukosa. Suhu pemprosesan divariasikan kepada 100 C dan 120 C. Perolehan sebanyak 87.0 % dan 97.0 % glukosa dicatatkan masing-masing pada suhu 100 C dan 120 C. a-Selulosak digunakan sebagai sampel kawalan dalam tindak balas ini. Peratus penukaran a-selulosak kepada glukosa adalah sebanyak 90.2 % dan 98.3 % masing-masing dijalankan pada suhu 100 C dan 120 C. Tindak balas lengkap hampir dicapai apabila suhu 120 C digunakan. Struktur kimia glukosa ditentukan melalui analisis 1H-NMR mengesahkan kehadiran a-D-glukosa dan a-D-glukosa dalam larutan produk. Penyah-hidratan bermangkin dalam menukarkan glukosa TKS kepada HMF dijalankan menggunakan mangkin kromium(II) klorida, CrCl2. Nisbah berat glukosa kepada mangkin adalah 45:1. Penambahan ko-mangkin tetraetil ammonium klorida (TEAC) juga dikaji. TEAC ditambah pada nisbah berat glukosa kepada ko-mangkin iaitu 33:1. Peratusan hasil HMF sebanyak 64.29 % dicatatkan dalam sistem bermangkin CrCl2. Bagi sistem bermangkin CrCl2/TEAC peratusan hasil meningkat kepada 88.57 %. Analisis spektroskopi FTIR mengesahkan kehadiran puncak utama HMF di sekitar nombor gelombang 1650 cm-1 (C=O). Struktur kimia HMF berasaskan selulosa disahkan menggunakan analisis 1H-NMR dan 13C-NMR. HMF komersial dijadikan rujukan piawai dalam mengesahkan kandungan sampel melalui analisis kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111718+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.