Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463782
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Irman Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Hassyakirin Hasim (P88973) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:38:10Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:38:10Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:111717 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463782 | - |
dc.description | Gadolinium oksisulfida (Gd2O2S) adalah bahan hos pendarcahayaan yang memiliki kestabilan kimia dan fizikal tinggi dengan tenaga jalur jurang lebar (4.6 hingga 4.8 eV). Tenaga jalur jurang lebar membolehkan hos Gd2O2S didop bahan pengaktifan ion nadir bumi untuk diaplikasikan sebagai seramik pengerdip, agen kontras, tiub sinar katod dan lain-lain. Pelbagai kaedah sintesis fosfor Gd2O2S dop bahan pengaktifan ion nadir bumi digunakan. Antara kaedah tersebut adalah solvoterma, pembakaran, gelombang mikro dan sebagainya. Namun, setakat ini sintesis melalui kaedah sinar gama masih belum pernah dilakukan oleh mana-mana penyelidik. Oleh itu, dalam penyelidikan ini, kaedah sinar gama telah digunakan. Nanofosfor Gd2O2S:X3+ (X:Pr, Y) disinar pada dos terserap optimum (0 - 150 kGy) didop peratus kepekatan ion Pr3+ dan Y3+ berbeza (1 - 10 mol%), kemudian nanofosfor Gd2O2S:Pr3+ dan Gd2O2S:Y3+ yang menghasilkan keamatan pemancaran kefotopendarcahayaan optimum difabrikasikan sebagai dakwat sekuriti pendarcahayaan. Pembentukan produk akhir nanofosfor Gd2O2S:X3+ (X:Pr, Y) dicirikan dengan instrumen XRD, EDX, FT-IR, TGA dan DTA. Perubahan sifat nanofosfor Gd2O2S:X3+ (X:Pr, Y) hasil penyinaran gama pada dos terserap dan peratus kepekatan ion terdop nadir bumi berbeza turut dianalisis dengan instrumen tambahan seperti FESEM, TEM dan PL. Peningkatan dos terserap telah meningkatkan fasa kehabluran nanofosfor Gd2O2S:Pr3+ dan Gd2O2S:Y3+. Imej FESEM mempamerkan perubahan bentuk morfologi zarah nanofosfor Gd2O2S:Pr3+ dan Gd2O2S:Y3+ daripada keadaan bergumpal, berselerak dan bentuk tak simetri kepada bentuk seakan bijian serta dengan keadaan permukaan licin. Imej TEM pula menunjukkan purata saiz zarah nanofosfor Gd2O2S:Pr3+ dan Gd2O2S:Y3+ sampel 0 kGy adalah 249.05 ± 33.53 nm dan 133.34 ± 3.49 nm, manakala purata saiz zarah sampel dos terserap 150 kGy adalah 28.44 ± 2.81 nm dan 22.32 ± 4.72 nm. Keamatan spektrum pemancaran kefotopendarcahayaan optimum sampel Gd2O2S:Pr3+ adalah pada dos terserap 50 kGy dan 2 mol% peratus kepekatan ion terdop. Bagi sampel Gd2O2S:Y3+ pula, keamatan spektrum pemancaran kefotopendarcahayaan dominan adalah pada dos terserap 100 kGy dan 1 mol% peratus kepekatan ion terdop. Keamatan cahaya dakwat sekuriti pendarcahayaan diukur dan didapati kaedah sinar gama menghasilkan keamatan cahaya lebih tinggi berbanding kaedah pembakaran suhu tinggi. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan kaedah sinar gama boleh menjadi salah satu kaedah sintesis bahan pada skala nano yang terbaik berbanding kaedah sintesis yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Gadolinium oksisulfida | - |
dc.subject | Pendarcahayaan | - |
dc.subject | Sinar gama | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis nanofosfor Gd2O2S:X3+ (X:Pr, Y) melalui kaedah penyinaran gama dan aplikasinya sebagai dakwat sekuriti pendarcahayaan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 103 | - |
dc.identifier.barcode | 004219(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.