Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463780
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rahimi Yusop, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Chua Chia Chia (P84154) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:38:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:38:05Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:111715 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463780 | - |
dc.description | Kajian ini telah dijalankan untuk menghasilkan mangkin heterogen paladium (Pd) dengan menggunakan penyokong yang bersifat magnet. Penyokong bersifat magnet iaitu mangan ferit yang bersalut kitosan (Chit@MnFeO) disintesis melalui teknik pengegelan ionik. Spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) mengesahkan bahawa mangan ferit telah berjaya disalut dengan kitosan. Kehadiran nanopartikel paladium (Pd NPs) pada Chit@MnFeO telah dianalisis dengan spektroskopi fotoelektron sinar-X (XPS). Spektrometer jisim plasma gandingan aruhan (ICP-MS) telah menunjukkan bahawa muatan Pd pada Chit@MnFeO ialah ±0.21 mmol/g dan ujian kestabilan mangkin paladium berpenyokong mangan ferit bersalut kitosan (Pd/Chit@MnFeO) mengesahkan bahawa mangkin ini mempunyai tahap larut resap Pd yang rendah. Mikroskop transmisi elektron (TEM) telah menentukan saiz Pd/Chit@MnFeO adalah di antara 11.2 ± 4.5 nm. Saiz Pd/Chit@MnFeO yang diperolehi daripada TEM turut disokong oleh difraktometer sinar-X (XRD) dan mikroskop lapangan pelepasan-pengimbasan elektron (FESEM). Kehadiran dan penyebaran Pd NPs pada Chit@MnFeO juga dibuktikan oleh tenaga penyerakan sinar-X (EDX). Magnetometer sampel bergetar (VSM) menentukan bahawa Pd/Chit@MnFeO bersifat superparamagnet dengan pemagnetan tepu (Ms) setinggi 27.7 emu/g. Pd/Chit@MnFeO memiliki aktiviti pemangkinan yang tinggi dalam tindak balas penurunan 4-nitrofenol dan 4-nitroanilin, iaitu dengan frekuensi pusing ganti (TOF) 357.1 min-1 and 571.4 min-1. Pd/Chit@MnFeO juga dapat digunakan semula sebanyak lapan kitaran tanpa penurunan aktiviti pemangkinan yang ketara. Ujian sitotoksisiti menunjukkan bahawa Pd/Chit@MnFeO memiliki ketoksikan yang rendah terhadap sel-sel HeLa. Pd/Chit@MnFeO dapat memangkinkan tindak balas penyahlindungan alilkarbamat secara in vitro dan hal ini telah menunjukkan bahawa persekitaran fisiologi tidak memberi kesan ke atas aktiviti pemangkinan Pd/Chit@MnFeO. Pd/Chit@MnFeO yang berjaya dihasilkan mempunyai aktiviti pemangkinan yang tinggi, stabil, serta proses pemisahan dan penggunaan semula mangkin yang mudah. Pd/Chit@MnFeO juga merupakan mangkin yang mesra alam, bioserasi dengan ketoksikan yang rendah dan dipercayai boleh digunakan untuk pemangkinan di dalam sel hidup.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Mangkin heterogen paladium | - |
dc.subject | Mangan ferit | - |
dc.subject | Kitosan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Nanopartikel paladium berpenyokong mangan ferit bersalut kitosan sebagai mangkin heterogen yang efisien dan bioserasi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 147 | - |
dc.identifier.barcode | 004217(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.