Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463779
Title: | Penghasilan diesel hijau berasaskan asid lemak sawit tersuling (PFAD) menggunakan mangkin nikel dan kobalt tersokong SBA-15 |
Authors: | Muhammad Fadhli Kamaruzaman (P90547) |
Supervisor: | Darfizzi Derawi, Dr. |
Keywords: | Diesel hijau Asid lemak sawit tersuling Biotenaga Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Jan-2019 |
Description: | Dalam kajian ini, penghasilan diesel hijau berasaskan asid lemak sawit tersuling (PFAD) sebagai biobahan api termaju telah berjaya dilakukan melalui tindak balas penyahoksigenan. Proses penukaran PFAD kepada produk biotenaga ini dijalankan di dalam sebuah reaktor menggunakan mangkin 5%Ni/SBA-15, 5%Co/SBA-15 dan 2.5%Ni-2.5%Co/SBA-15. Terlebih dahulu penyokong mangkin SBA-15 disintesis mengikut kaedah Zhao yang menggunakan Pluronik P123 sebagai surfaktan di dalam larutan berasid dan TEOS sebagai sumber silika tulen. Seterusnya, penyokong mangkin SBA-15 diaktifkan dengan prekursor logam (nikel/kobalt) melalui kaedah pengisitepuan. Bagi mengetahui struktur dan sifat bahan kajian, pencirian mangkin dilakukan menggunakan analisis isoterma penjerapan nitrogen, pembelauan sinar-x (XRD), pendaflour sinar-x (XRF), spektroskopi transformasi Fourier inframerah (FTIR) dan mikroskopi elektron transmisi dengan pemetaan elemen. Sementara itu, produk diesel hijau yang terhasil dicirikan dengan menggunakan kromatografi gas-pengesan pengionan nyala (GC-FID). Berdasarkan analisis XRD dan penjerapan N2, penyokong SBA-15 dikenalpasti memiliki mesoliang berbentuk hexagonal. Imej SBA-15 berbentuk hexagonal dapat dilihat melalui analisis TEM. Dari segi hasil produk, mangkin 5%Ni/SBA-15 dan mangkin 2.5%Ni-2.5%Co/SBA-15 mencatatkan hasil hidrokarbon dalam julat C8-C17 sebanyak 85.8% dan 88.1% dengan keterpilihan melebihi 85% terhadap pecahan diesel, C13-C17. Kedua-dua mangkin ini mempunyai hasil hidrokarbon dan keterpilihan yang tinggi adalah disebabkan oleh serakan zarah NiO yang tinggi yang menjadikan aktiviti pemangkinan lebih giat. Kehadiran 2.5%Co dalam mangkin dwilogam Ni-Co/SBA-15 didapati membantu memperkecil saiz zarah NiO, lantas meningkatkan serakan zarah NiO. Keselektifan kepada diesel pula semakin berkurangan mengikut urutan mangkin seperti berikut: Ni/SBA-15 > Ni-Co/SBA-15 > Co/SBA-15. Hal ini disebabkan kerana tindak balas pemecahan lebih kerap berlaku pada mangkin Co/SBA-15. Secara umumnya, diesel hijau berasaskan PFAD ini berpotensi digunakan sebagai biobahan api berkos rendah untuk menghasilkan biotenaga bagi menjamin bekalan tenaga yang berterusan pada masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 81 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111714+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.