Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463777
Title: Keberkesanan ekstrak daun moringa oleifera terhadap parameter kesuburan dan libido serta kajian proteomik sperma tikus jantan teraruh diabetes
Authors: Nurul Ain Kamar Bashah (P86117)
Supervisor: Mahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Diabetes melitus
Moringa oleifera
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2019
Description: Diabetes melitus mengakibatkan gangguan terhadap sistem reproduktif lelaki seperti masalah kesuburan dan libido. Penggunaan daun Moringa oleifera secara meluas dalam bidang perubatan dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai jenis penyakit seperti diabetes serta masalah kesuburan dan libido. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan ekstrak akuas daun Moringa oleifera dalam memulihkan masalah kesuburan dan libido serta kajian proteomik sperma dijalankan untuk mengenalpasti protein yang terlibat dalam aktiviti kesuburan tikus teraruh diabetes. Sebanyak 40 ekor tikus jantan Sprague Dawley dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan A yang menerima rawatan selama 14 hari (n=20) dan kumpulan B yang menerima rawatan selama 21 hari (n=20). Setiap kumpulan utama mengandungi kumpulan kawalan normal, kawalan negatif (tikus teraruh diabetes tanpa rawatan), kawalan positif (tikus teraruh diabetes yang diberikan rawatan 500 mg/kg berat tubuh metformin) dan kumpulan rawatan ekstrak daun Moringa oleifera (400 mg/kg berat tubuh). Semua tikus kajian kecuali kumpulan kawalan normal diaruh diabetes melalui suntikan streptozotocin (50 mg/kg berat tubuh) secara intravena. Selepas tamat tempoh rawatan, aras glukosa darah puasa direkodkan pada hari ke-15 (kumpulan A) dan hari ke-22 (kumpulan B). Ujian libido dijalankan selama 15 min terhadap tikus kajian dan parameter ujian kesuburan direkodkan. Tikus teraruh diabetes yang diberi rawatan ekstrak daun Moringa oleifera selama 14 dan 21 hari masing-masing menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) aras glukosa darah puasa berbanding kumpulan kawalan negatif. Histologi ginjal juga mempamerkan kesan pembaikan ekstrak daun Moringa oleifera terhadap struktur glomerulus serta berat ginjal dan aras kreatinin berbanding kumpulan kawalan negatif. Analisis kualiti sperma menunjukkan peningkatan secara signifikan (p<0.05) terhadap bilangan sperma, peratusan motiliti, viabiliti dan morfologi sperma normal dalam kumpulan rawatan ekstrak Moringa oleifera berbanding kumpulan kawalan negatif dan positif. Aras hormon testosteron meningkat secara signifikan (p<0.05) pada tikus teraruh diabetes yang diberi rawatan ekstrak Moringa oleifera berbanding semua kumpulan kawalan. Analisis histologi testis juga menunjukkan ekstrak daun Moringa oleifera membantu memperbaiki struktur tubul seminiferus dengan kepadatan spermatozoa pada lumen serta peningkatan secara signifikan (p<0.05) berat testis dan diameter tubul seminiferus berbanding kumpulan kawalan negatif dan positif. Rawatan ekstrak daun Moringa oleifera menunjukkan penurunan secara signifikan (p<0.05) tempoh masa pemanjatan pertama dan peningkatan frekuensi pemanjatan berbanding semua kumpulan kawalan. Analisis proteomik menunjukkan kumpulan rawatan ekstrak Moringa oleifera mempunyai 18 protein sperma yang unik dan terlibat dalam aktiviti kesuburan berbanding kumpulan kawalan negatif dan positif. Kesimpulannya, rawatan ekstrak akuas daun Moringa oleifera pada dos 400 mg/kg berat tubuh mampu bertindak sebagai agen prokesuburan dan libido serta mempunyai kesan antihiperglisemia pada tikus jantan teraruh diabetes.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111712+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.