Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463776
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Kassim, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhd Hafizi Zainal (P80651) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:55Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:55Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110809 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463776 | - |
dc.description | Benzotiazol dan benzoiltiourea mempunyai pelbagai aplikasi terutamanya di dalam bidang perubatan kerana aktiviti biologinya yang menarik. Walau bagaimanapun, kajian mengenai ganding moieti benzotiazol dan benzoiltiourea di dalam satu molekul masih jarang dijumpai. Sebanyak enam belas ligan 1-(1,3-benzotiazol-2-il)-3-(x-R-benzoiltiourea) yang terdiri daripada gabungan kedua-dua moieti tersebut yang mana R adalah kumpulan penarik dan penderma elektron (F, Cl, Br, CH3 dan OCH3) pada kedudukan (x = 2, 3 atau 4) telah disintesis dan diciri. Seterusnya, kesan kumpulan R terhadap sifat spektroskopi dan elektronik ligan telah dikaji melalui kaedah eksperimen dan teori. X-R-benzoilklorida telah ditindakbalaskan dengan kalium tiosianat di dalam aseton untuk menghasilkan benzoil isotiosianat dan garam kalium klorida. Kemudian, x-R-benzoil isotiosianat bertindak balas dengan 2-aminobenzotiazol di dalam aseton bagi menghasilkan produk ligan x-R-BBT. Semua ligan dicirikan dengan kaedah-kaedah spektroskopi seperti spektroskopi inframerah (IR), resonans magnet nukleus (RMN) 1H dan 13C, ultralembayung-cahaya nampak (UL-BN) dan spektrometri jisim (SJ). Pengoptimuman geometri bagi ligan dilakukan dengan menggunakan teori fungsi ketumpatan (DFT) menggunakan perisian Gaussian-09 dengan fungsi pertukaran-korelasi B3LYP dan set asas 6-311++G (d,p). Spektrum IR bagi kesemua ligan menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi C=O dan C=S masing-masing pada (1600-1700 cm-1) dan (900-1300 cm-1). Seterusnya, spektrum RMN 1H menunjukkan kehadiran kedua-dua isyarat kumpulan N-H tioamida (9-11 ppm) dan N-H tiourea (12-14 ppm). Manakala, spektrum RMN 13C pula menunjukkan kehadiran karbon kumpulan C=O dan C=S masing-masing pada (179-182 ppm) dan (169-179 ppm). Spektrum UV-Vis menunjukkan dua puncak serapan iaitu π→π* (235-240 nm) dan n→π* (330-340 nm) masing-masing bagi kumpulan C=O dan C=S. Tiga ligan iaitu 2Br-BBT, 3Br-BBT dan 4Cl-BBT telah menghablur masing-masing dalam sistem monoklinik (P21/n), ortohombik (Pbca), dan triklinik (P-1). Struktur kristalografi sinar-X bagi semua ligan tersebut menunjukkan kehadiran ikatan hidrogen intramolekul N−HO. Data teori fungsi ketumpatan menunjukkan orbital molekul terisi dengan tenaga tertinggi (HOMO) berada pada moieti benzotiazol; manakala, orbital molekul tidak terisi dengan tenaga terendah (LUMO) berada pada moieti benzoiltiourea yang mempunyai kumpulan R. Kumpulan penarik elektron memberikan kesan lebih signifikan berbanding kumpulan penderma elektron untuk menstabilkan tenaga LUMO dan mengurangkan perbezaan tenaga HOMO-LUMO. Seterusnya perbezaan HOMO-LUMO yang kecil telah merendahkan tenaga yang diperlukan untuk pengujaan elektronik. Jurang tenaga orbital molekul yang kecil dikaitkan dengan kereaktifan kimia yang lebih tinggi dan ini disahkan melalui analisis petunjuk kereaktifan global dan keupayaan elektrostatik molekul (MEP). Kajian ini menunjukkan kumpulan R pada kedudukan para memberi kesan yang lebih signifikan terhadap ciri elektronik ligan 1-(1,3-benzothiazol-2-il)-3-(R-benzoiltiourea) berbanding kumpulan R pada kedudukan orto dan meta.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Benzothiazole | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis, pencirian dan kajian teori fungsi ketumpatan ligan benzotiazol - terbitan benzoiltiourea | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 98 | - |
dc.identifier.callno | QD403.M844 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004173(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110809+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.