Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463773
Title: | Kajian kesan rawatan drug anti-malaria klorokuin terhadap kemandirian haiwan, aras sitokin serum dan status pemfosfatan glikogen sintase kinase-3β (GSK3β) dalam model murin infeksi burkholderia pseudomallei akut |
Authors: | Nagesswary Ganesan (P90288) |
Supervisor: | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Dr. |
Keywords: | Cytokines Burkholderia pseudomallei Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jan-2019 |
Description: | Melioidosis, penyakit yang disebabkan oleh Burkholderia pseudomallei merupakan penyebab utama sepsis di kalangan masyarakat di kawasan endemik Asia Tenggara dan Australia utara. Manifestasi penyakit ini melibatkan ketidakseimbangan penghasilan sitokin yang mengakibatkan ketidakseimbangan gerak balas inflamasi oleh hos dalam proses penyingkiran patogen. Glikogen sintase kinase-3β (GSK3β) merupakan kunci utama dalam pengawalaturan gerak balas sitokin dalam infeksi bakteria Gram-negatif. Drug anti-malaria klorokuin yang dilaporkan sebagai pengaktif Akt, komponen hiliran tapak jalan fosfatidilinositol-3-kinase/Akt (PI3K/Akt), merupakan salah satu komponen pengisyaratan yang boleh mengakibatkan pemfosfatan dan perencatan GSK3β. Litium klorida (LiCl), perencat GSK3β dilapor dapat meningkatkan kemandirian dan memodulasi sitokin dalam mencit terinfeksi-B. pseudomallei. Berdasarkan pada pendapat di mana klorokuin dapat menyebabkan perencatan GSK3, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan rawatan klorokuin terhadap kemandirian haiwan, aras sitokin dan status pemfosfatan GSK3β (Ser9), Akt (Ser473) dan faktor nuklear kappa B (NF-κB p65, Ser536) dalam model murin infeksi melioidosis akut. Pra- dan pos-rawatan klorokuin (50 mg/kg b.t.) didapati meningkatkan kemandirian haiwan di infeksi 3 X LD50 B. pseudomallei masing-masing sebanyak 38.7±9.8% dan 67.0±6.4% (P<0.05) berbanding mencit kumpulan kawalan (mencit terinfeksi-B. pseudomallei). Beban bakteria dalam organ limpa dan hepar serta darah mencit terinfeksi yang diperlakukan dengan klorokuin adalah rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (mencit terinfeksi-B. pseudomallei). Rawatan klorokuin selepas infeksi menurunkan sitokin pro-inflamasi [faktor nekrosis tumor alfa (TNF-α), interferon gamma (IFN-γ), interleukin-1 beta (IL-1β) dan interleukin-18 (IL-18)] dan meningkatkan aras sitokin anti-inflamasi [interleukin-4 (IL-4) dan interleukin-10 (IL-10)] dalam serum mencit terinfeksi-B. pseudomallei secara signifikan. Analisis pemblotan western menunjukkan keamatan jalur pGSK3β (Ser9) adalah lebih tinggi secara signifikan sebanyak 3.0 dan 1.5 kali untuk kajian pra-rawatan klorokuin dan 3.2 dan 4.4 kali untuk kajian pos-rawatan klorokuin masing-masing pada 2 dan 24 jam selepas infeksi berbanding kawalan (mencit terinfeksi-B. pseudomallei). Peningkatan pemfosfatan Akt (Ser473) dalam hepar mencit terinfeksi yang diberi rawatan klorokuin adalah sebanyak 1.3 dan 1.0 kali untuk kajian pra-rawatan manakala 1.3 dan 2.3 kali untuk kajian pos-rawatan klorokuin selepas 2 dan 24 jam berbanding kumpulan kawalan (mencit-terinfeksi-B. pseudomallei). Pengurangan pemfosfatan NF-κB p65 (Ser536) pada 2 dan 24 jam ialah sebanyak 0.8 and 0.6 kali untuk kajian pra-rawatan dan 0.7 kali masing-masing untuk kajian pos-rawatan berbanding kumpulan kawalan (mencit terinfeksi-B. pseudomallei). Penemuan kajian ini menunjukkan kesan imunomodulasi sitokin klorokuin berlaku melalui perencatan GSK3β diperantara-Akt dan seterusnya menyahaktifkan aktiviti NF-κB, yang merupakan faktor kepada peningkatan kemandirian haiwan yang dicerap. Dalam kajian yang seterusnya rawatan klorokuin dalam kombinasi dengan dos sub-optimum doksisiklin (20 mg/kg b.t.) meningkatkan kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei dengan signifikan iaitu 100% melalui pengurangan aras pro-inflamasi tetapi meningkatkan aras anti-inflamasi. Kajian ini mencadangkan bahawa klorokuin mampu memodulasi sitokin dan berpotensi digunakan dalam terapi adjunktif terhadap infeksi B. pseudomallei.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 165 |
Call Number: | QR185.8.C95N334 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110784+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.