Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463772
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Aishah Hasbullah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Emma Izzati Zakariah (P83926) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:45Z | - |
dc.date.issued | 2019-02-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110298 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463772 | - |
dc.description | Pencemaran DNA khinzir dalam makanan merupakan isu yang sensitif di Malaysia menyebabkan pengesanan DNA khinzir dalam makanan menjadi sangat penting. Kompleks interkalator rutenium(II) [Ru(bpy)2(PIP)]2+, (bpy = 2,2'-bipiridina, PIP = 2-fenilimidazo[4,5-f][1,10-enantrolina]) yang berpotensi sebagai penunjuk redoks telah disintesis dan dicirikan menggunakan spektroskopi RMN 1H dan 13C, spektroskopi FTIR dan spektrometri jisim. Hasil pencirian menunjukkan kompleks rutenium(II) telah berjaya disintesis. Kompleks berasaskan logam rutenium dipilih kerana sifat elektrokimianya yang baik membolehkan penghibridan DNA diubah kepada isyarat transduksi elektrokimia. Interaksi dan mod pengikatan antara kompleks rutenium(II) dan DNA khinzir dikaji menggunakan kaedah titratan DNA ultralembayung-boleh nampak (UL-BN) dan titratan DNA pancaran. Pemalar pengikatan (Kb) bagi kompleks rutenium(II) dengan DNA khinzir adalah 8.3 x105 M-1 di mana ianya lebih tinggi berbanding antara kompleks rutenium(II) dengan CT-DNA (Kb = 4.75 x 105 M-1) seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Ciri-ciri spektrum pancaran kompleks rutenium(II) apabila berinteraksi dengan DNA khinzir juga dikaji dan menunjukkan ianya berpotensi untuk digunakan sebagai bahan sensor DNA khinzir dengan nilai peningkatan pancaran sebanyak 32 %. Seterusnya, kajian bagi fabrikasi biosensor elektrokimia berasaskan kompleks rutenium sebagai penunjuk redoks bagi pengesanan DNA khinzir telah dijalankan. Dua kaedah pemegunan prob DNA yang dihibridkan dengan DNA pelengkap khinzir berdasarkan lapisan swahimpunan asid 3-merkaptopropionik (MPA) dan matrik mikrosfera akrilik (nBA-NAS) telah dikaji dengan memegunkan prob DNA pada elektrod emas bercetak skrin (SPGE) melalui ikatan kovalen. Walau bagaimanapun, kajian menggunakan MPA dan mikrosfera nBA-NAS sebagai tapak pemegunan prob DNA khinzir tidak menunjukkan keselektifan yang baik. Penukaran elektrod SPGE kepada elektrod karbon bercetak skrin (SPCE) diubahsuai dengan zarah nano emas (AuNPs) di mana pemegunan prob DNA berdasarkan lapisan swahimpunan MPA telah dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan keselektifan yang lebih baik. Biosensor ini memberikan julat rangsangan linear 1 x 10-6 - 1 x 10-1 µM dan had pengesanan bawah (LOD) 6.64 x 10-7 µM terhadap DNA pelengkap khinzir. Nilai sisihan piawai relatif (RSD) bagi kebolehasilan ialah 7 %. Kepekatan kompleks rutenium(II) yang optimum adalah pada kepekatan 30 µM dan masa penghibridan adalah optimum selepas 60 minit prob DNA dihibridkan dengan DNA pelengkap khinzir.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | DNA khinzir | - |
dc.subject | Pencemaran makanan | - |
dc.subject | Biosensor | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kajian pengikatan kompleks rutenium(II) [Ru(bpy)2(PIP)]2+ sebagai penunjuk redoks biosensor DNA elektrokimia bagi pengesanan DNA khinzir | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 119 | - |
dc.identifier.barcode | 004134(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.