Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463769
Title: | Kajian fungsi tapak jalan N-end rule semasa pemasakan buah mikro TOM (solanum lycopersicum) |
Authors: | Intan Elya Suka (P79854) |
Supervisor: | Nurulhikma Md Isa, Dr. |
Keywords: | Protein Gen Tomato Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-May-2019 |
Description: | Tapak jalan N-end rule merupakan satu tapak jalan yang melibatkan proses ubikuitinasi pada protein yang tidak stabil berdasarkan kepada jujukan N-terminal protein. Protein yang tidak stabil ini akan dikenal pasti oleh PRT6, iaitu komponen E3 ligase dalam tapak jalan N-end rule. Kajian pada model tumbuhan Arabidopsis thaliana telah banyak dilakukan bagi mengenal pasti substrat tapak jalan N-end rule pada tumbuhan dan hasil menunjukkan kumpulan faktor transkripsi Etilina kumpulan VII (ERFVII) adalah salah satu substrat bagi tapak jalan N-end rule. Oleh kerana tumbuhan model A.thaliana tidak mempunyai organ buah, tomato dari kultivar Mikro Tom telah digunakan sebagai model tumbuhan berbuah bagi memahami prinsip tapak jalan N-end rule ketika proses pemasakan buah dengan menggunakan kaedah penyenyapan gen (RNAi). Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jujukan homolog PRT6 dalam tomato melalui analisis in silico, melakukan analisis kefungsian konstruk PG:PRT6:RNAi dengan menggunakan kaedah pengekspresan transien dan memperoleh transforman positif dalam tumbuhan transgenik tomato. Analisis BLASTX yang telah dijalankan menggunakan jujukan protein PRT6 (At5g02310) A. thaliana menunjukkan terdapat dua salinan gen PRT6 dalam tomato iaitu Solyc09g010830 dan Solyc10g084760. Untuk mengkaji peranan tapak jalan N-end rule dalam tomato, konstruk penyenyapan gen PG:PRT6:RNAi telah berjaya diklonkan ke dalam vektor yang dikawal oleh promoter Poligalakturonase dan digunakan dalam pengekspresan transien dalam sampel buah breaker dan daun. Analisis PCR kuantitatif telah menunjukkan pengekspresan PRT6 berjaya dikawal turun pada bahagian sampel buah breaker manakala corak pengekspresan gen berpotensi sebagai substrat protein tidak stabil iaitu SlERF2 meningkat secara signifikan dalam sampel buah breaker. Ini menunjukkan penurunan pengekspresan PRT6 mempengaruhi juga pengekspresan SIERF2 yang berpotensi sebagai substrat N-end rule. Selain dari itu, penurunan pengekspresan PRT6 juga turut mempengaruhi pengekspresan PEKTINESTERASE yang mungkin terlibat dalam pengawal aturan keteguhan dinding sel dalam tumbuhan. Seterusnya, tahap pengekspresan gen yang terlibat di hiliran tapak jalan N-end rule iaitu PEKTINESTERASE telah dikawal turun dengan signifikan dalam sampel buah breaker. Konstruk PG:PRT6:RNAi juga telah ditransformasi ke dalam genom tomato secara kultur tisu. Parameter tempoh masa ko-kultivasi dan juga kadar kepekatan karbenisilin telah dioptimumkan bagi memperolehi kadar penghasilan kalus yang tinggi dan juga bagi membasmi kontaminasi Agrobacterium. Kajian mendapati tempoh masa ko-kultivasi selama 48 jam menghasilkan 61% kalus manakala kepekatan karbenisilin sebanyak 500 mg/L mampu membasmi kontaminasi Agrobacterium. Hasil penyaringan dengan menggunakan pendekatan PCR menunjukkan kesemua tujuh pucuk transgenik yang terhasil merupakan transforman positif. Tumbuhan putatif transgenik Mikro Tom yang diperolehi ini boleh digunakan untuk kajian pada masa akan datang melalui kaedah morfo-fisiologikal bagi melihat kesan penyenyapan gen PRT6 semasa proses pemasakan buah.,Sarjana Sains |
Pages: | 145 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110295+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 11.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.