Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463766
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Herrywan Ryadi Eziwar Dyari, Dr. | - |
dc.contributor.author | Khairunnisa Auma (P85783) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:29Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:29Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110293 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463766 | - |
dc.description | Pengkulturan Aurantiochytrium sp. SW1 dalam kepelbagaian sumber nitrogen masih terhad walhal ia berperanan penting dalam propagasi sel, pengumpulan lipid dan mencapai kepekatan asid dokosaheksanoik (DHA) yang tinggi. Maka, kajian peningkatan penghasilan biojisim, lipid dan asid dokosaheksanoik (DHA) dimulakan pada Aurantiochytrium sp. SW1 dengan menilai kesan sumber nitrogen ammonium terhadap penghasilan biojisim, lipid dan DHA. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kultur fermentasi terendam (SmF) untuk mengkultur SW1 dalam kelalang menggunakan ammonium klorida (NH4Cl), ammonium karbonat ((NH4)2CO3) dan ammonium nitrat (NH4NO3). Daripada tiga sumber nitrogen, penghasilan tertinggi biojisim, lipid dan DHA diperoleh dalam medium NH4NO3 (13.37 g/L, 6.25 g/L dan 1.95 g/L), diikuti NH4Cl (11.37 g/L, 3.95 g/L dan 0.74 g/L) dan (NH4)2CO3 (5.18 g/L, 3.07 g/L, dan 0.24 g/L). Penggunaan ANOVA menunjukkan hasil yang ketara (P<0.05) bagi semua tiga parameter. Perbezaan keertian terkecil (LSD) menunjukkan terdapat perbezaan kepekatan biojisim yang signifikan antara medium NH4NO3 dengan (NH4)2CO3, manakala perbezaan kepekatan lipid yang signifikan ditunjukkan antara NH4NO3 dengan NH4Cl dan NH4NO3 dengan (NH4)2CO3. Berdasarkan penghasilan biojisim, lipid dan DHA yang tinggi serta keberkesanan menggunakan sumber karbon dan nitrogen, maka NH4NO3 dipilih sebagai sumber nitrogen inorganik yang terbaik. Kajian diteruskan dengan menggabungkan komponen nitrogen inorganik terpilih (NH4NO3) dengan nitrogen organik (MSG) yang telah dioptimumkan pada kajian ke atas SW1 yang lepas. Gabungan NH4NO3 dengan MSG beserta glukosa adalah pembolehubah yang digunakan dalam penentuan komponen medium terhad dengan menggunakan Metadologi Respon Permukaan (RSM) dengan rekabentuk komposit memusat (CCD). Penggunaan ANOVA menunjukkan ketiga-tiga gerakbalas (kepekatan biojisim, lipid dan DHA) mempamerkan model kuadratik yang signifikan (P<0.05). Gabungan MSG-NH4NO3 telah menggalakkan pengambilan nitrogen iaitu NH4NO3 meningkat daripada 75% kepada 100%, manakala pengambilan MSG meningkat daripada 69% kepada 89%. Oleh disebabkan kecekapan SW1 menggunakan NH4NO3, maka NH4NO3 dipilih sebagai kepekatan terhad nitrogen untuk pengkulturan selanjar SW1. Anggaran gabungan optimum parameter ialah; kepekatan glukosa 60 g/L, kepekatan MSG 8 g/L dan NH4NO3 1 g/L. Pemilihan kepekatan NH4NO3 terhad menunjukkan kadar pertumbuhan tertinggi diperoleh pada 0.1 g/L NH4NO3 (0.03 j-1). Kemudian, peningkatan produktiviti dijalankan dengan menggunakan kaedah kultur selanjar. Pengkulturan SW1 dijalankan dalam bioreaktor 1.5 L dengan jumlah isipadu kerja 1.1 L, pengudaraan 0.2 vvm, alir berpengaduk yang konsisten pada suhu bilik 25 °C. Nilai masa tahanan hidraulik (HRT) adalah pada 2.5 hari dan kadar pertumbuhan maksimum (µmax) adalah 0.4/hari. Pengkulturan ini telah mencapai keadaan mantap yang mana µ = kadar pencairan (D), dan purata kepekatan biojisim dan lipid masing-masing adalah 11.84 ± 2.78 g/L dan 6.81 ± 0.11 g/L, yang mengandungi DHA 65.2% daripada lipid (w/w). Kaedah menggunakan kultur selanjar ini telah membawa peningkatan yang ketara kepada produktiviti biojisim (0.211 g/L/j), lipid (0.126 g/L/j) dan DHA (0.060 g/L/j), meningkat masing-masing sebanyak 52%, 94% dan 200% daripada pengkulturan kelompok dalam medium NH4NO3 dan meningkat sebanyak 8%, 40% dan 40% daripada gabungan MSG-NH4NO3. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa pengkulturan selanjar SW1 telah meningkatkan produktiviti biojisim, lipid dan DHA.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biojisim | - |
dc.subject | Lipid | - |
dc.subject | Asid dokosaheksanoik | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Peningkatan penghasilan biojisim, lipid dan asid dokosaheksanoik oleh Aurantiochytrium sp. SW1 menggunakan kaedah kultur selanjar | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 107 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110293+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 859.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.