Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463765
Title: Penghasilan salutan akrilat berpengisi silika termatang sinaran ultra lembayung berasaskan minyak sawit terepoksida berakrilat
Authors: Nurliyana Abd Rahman (P69849)
Supervisor: Khairiah Badri, Prof. Dr.
Keywords: Minyak sawit
Akrilat
Silika
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Apr-2019
Description: Dalam kajian ini, penyedian resin salutan akrilat berasaskan minyak sawit terepoksida berakrilat (EPOLA) berpengisi silika (Aerosil OX50) disediakan. Adunan dihasilkan menggunakan mesin pengadun Dispermat AE model D5/580 pada suhu terkawal 60-65 oC dengan putaran pengadun 6000 rpm. Lapisan salutan akrilat komposit disediakan melalui teknik pematangan sinaran ultra lembayung (UV) dengan fotopemula (campuran 1:1 Doracur 1173/Irgacure 500) sebagai penyerap tenaga sinaran UV yang ditetapkan pada dos sinaran 3.810 J/cm2. Parameter pemprosesan iaitu nisbah oligomer (EB600 epoksi akrilat)-monomer (PETIA pentaeritritol tri/tetraakrilat) serta halaju konveyer bagi mesin UV dikaji melalui penentuan kekerasan pendulum dan kandungan gel. Nisbah EB600 kepada PETIA 50:50 pada dos sinaran 3.810 J/cm2 (10 laluan konveyer) mencapai sehingga 98 % kandungan gel dan 80 % kekerasan pendulum. Nisbah ini dipilih sebagai peratus asas campuran resin untuk divariasikan dengan penggantian EPOLA pada 5, 10, 15, 20, 25, 30, dan 35 bt%. Walau bagaimanapun, hanya 5 bt% EPOLA sahaja dicampurkan bersama akrilat komersial dan dimatangkan di bawah sinaran UV dengan bacaan kekerasan pendulum 75 % dan kandungan gel 97 %. Pengurangan keamatan bagi ikatan ganda dua (C=C) pada 1624 cm-1 di dalam spektrum FTIR EPOLA selepas dedahan sinaran UV membuktikan berlakunya proses taut-silang bagi kesemua sampel akrilat dengan terbentuknya ikatan tunggal C-C. Komposisi partikel silika telah divariasikan pada penambahan 2, 5, 8 dan 10 bt% ke dalam resin akrilat bagi meningkatkan kerintangan salutan terhadap kekerasan dan lelasan. Bagi melihat pengaruh partikel silika terhadap sifat salutan akrilat yang dihasilkan, pencirian mekanik dan terma juga telah dijalankan ke atas semua sampel salutan akrilat. Penambahan partikel silika di dalam salutan akrilat telah meningkatkan kerintangan terhadap kekerasan pendulum dengan nilai maksima pada penambahan 10 bt% (81 % kekerasan) serta kehilangan jisim berkurangan sehingga 0.0256 g bagi filem salutan akrilat. Analisis termogravimetri (TGA) menunjukkan penambahan partikel silika dalam resin salutan akrilat meningkatkan suhu peleraian. Analisis imbasan kalorimetri kebezaan (DSC) juga menunjukkan peningkatan terhadap suhu peralihan kaca, Tg. Mikrograf imbasan elektron (SEM) turut dicerap bagi melihat corak serakan partikel silika dalam sistem salutan akrilat yang menunjukkan interaksi antara muka yang baik antara partikel silika dan salutan akrilat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 88
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110292+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
918.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.