Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463763
Title: Kajian mengenai hidrogel berasaskan poliakrilamidaselulosa untuk penyingkiran kadmium daripada sistem akuatik
Authors: Nesha Selvakumaran (P80495)
Supervisor: Mohamad Azwani Shah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biomass energy
Oil palm
Waste products as fuel
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Mar-2019
Description: Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama Malaysia. Selain itu, Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport kedua terbesar minyak kelapa sawit. Tanaman kelapa sawit ini telah menghasilkan berjuta-juta tan biojisim saban tahun. Pelepah kelapa sawit kebiasaannya digunakan sebagai baja kompos atau diletakkan di sekeliling ladang kelapa sawit bagi mencegah hakisan tanah. Kajian ini mengenengahkan penggunaan sisa biojisim kelapa sawit sebagai sumber untuk menyerap logam berat. Selulosa dari pelepah kelapa sawit dilarutkan dalam sistem urea/NaOH dalam nisbah 7:12:81. Sererusnya, larutan selulosa dimodifikasi melalui proses pempolimeran. Gelombang mikro diguna untuk sintesis hidrogel selulosa dengan poliakrilamida. Ujikaji telah dijalankan untuk mengenalpasti peratusan pembengkakan di antara hidrogel tanpa selulosa dan hidrogel dengan 2% (w/v) selulosa. Hidrogel dengan 2% (w/v) selulosa didapati mampu menyerap cecair dengan lebih cepat dan efisien berbanding dengan hidrogel tanpa selulosa. Analisis lanjut menggunakan mikroskop pengimbas electron (SEM), spektroskopi inframerah (FTIR), kalorimetri pengimbasan perbezaan (DSC) dan pembelauan sinar X (XRD) turut dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri dan parameter hidrogel. Setelah kajian lanjut telah dijalankan, selulosa daripada pelepah kelapa sawit ternyata berhasil untuk menyerap logam berat kadmium. Kajian dijalankan dengan menguji hidrogel dengan kuantiti selulosa yang berbeza. Didapati hidrogel dengan 2% (w/v) selulosa boleh menyerap ion kadmium dengan kadar 1.48 mg/g. Ujian pH turut dikaji terhadap 2% (w/v) selulosa dan didapati pH4 adalah pH yang paling optimum dalam penyerapan ion kadmium. Sampel hidrogel selulosa ini kemudiannya diolah dengan menambah calix[4]resorcinarene yang dilarut dalam air. Melalui kajian penjerapan, didapati kepekatan calix[4]resorcinarene sebanyak 4.50 x 10-3 M merupakan kuantiti yang paling optimum untuk menyerap logam kadmium. pH 7 merupakan pH paling optimum untuk menyerap ion kadmium manakala masa optimum untuk menyerap ion kadmium adalah pada minit ke 30 sebanyak 2.57 mg/g.,Sarjana Sains
Pages: 63
Call Number: TP339.N437 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110290+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.