Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463761
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Rozaimi Jamaludin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Hidayah Hamdan (P90584) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:17Z | - |
dc.date.issued | 2018-12-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110288 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463761 | - |
dc.description | Pemuliharaan dan penyimpanan karbon yang terkandung di dalam ekosistem tumbuhan pesisir pantai, seperti dataran rumput laut, merupakan salah satu cara yang penting untuk mengatasi masalah perubahan iklim. Namun, jumlah sebenar stok karbon yang terkandung di dataran rumput laut di Malaysia masih belum dikaji secara mendalam. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganggarkan stok karbon dan mengetahui jenis sumber yang menyumbang kepada penyimpanan karbon di muara Sungai Pulai, Johor. Kajian ini merupakan kajian penilaian mengenai data stok karbon biru yang pertama dijalankan di Malaysia. Sebanyak 22 sampel sedimen telah di ambil dari 3 kawasan persampelan (i.e Tanjung Adang, Merambong Barat dan Merambong Timur). Sampel sedimen diambil dengan menggunakan teknik penerasan. Nilai karbon tak organik diperoleh melalui proses pembakaran (550°C dan 950°C) manakala nilai karbon organik δ13C diperolehi daripada penganalisa elementar ditambah kepada spektrometer jisim nisbah isotop (IRMS). Data karbon kemudiannya dianalisis menggunakan permutasi varians (PERMANOVA; PRIMER-E). Dalam kajian ini, stok karbon organik tercatat sebanyak 43 - 101 Mg OC ha-1, dan stok zarahan karbon tak organik ialah sebanyak 46 - 83 Mg IC ha-1 (kedalaman sedimen sehingga 100 cm). Ini adalah disebabkan oleh perbezaan input kemasukan karbon yang ketara di kawasan kajian. Terdapat perbezaan yang bererti (p < 0.05) di antara stok karbon organik di dalam sedimen berdasarkan sedimen yang dikolonisasi oleh spesies rumput laut yang berbeza. Ini kerana Tanjung Adang mempunyai sedimen yang dilitupi spesies rumput laut yang berbiojisim tinggi dari Beting Merambong. Stok karbon tak organik di dalam sedimen menunjukkan perbezaan yang bererti (p < 0.05) di antara kawasan kajian. Jumlah keseluruhan stok karbon yang tersimpan di dalam sedimen rumput laut di Muara Sungai Pulai ialah 124 Mg C ha-1. Perbandingan telah dibuat diantara penggunaan dua jejak isotop stabil (δ13C dan δ15N) dengan satu jejak isotop stabil (δ13C) dalam meramal sumber yang menyumbang kepada takungan karbon di dalam sedimen organik. Berdasarkan empat sumber penyumbang, (i.e seston, makroalga, epifit dan rumput laut) terdapat perbezaan bererti (p < 0.05) diantara nilai julat peratus kebolehpercayaan (CI95%) penggunaan dua jejak isotop stabil (δ13C dan δ15N) dan nilai julat peratus kebolehpercayaan (CI95%) jika satu jejak isotop stabil (δ13C) digunakan. Ini menunjukkan penggunaan dua isotop stabil menjadikan julat peratus kebolehpercyaan (CI95%) lebih tepat dan lebih kecil berbanding penggunaan satu isotop stabil. Menggunakan pendekatan analisa dua isotop stabil, model Bayesian (SIAR) menunjukkan bahawa seston merupakan penyumbang tertinggi (53-98%) manakala rumput laut adalah yang paling rendah (0.4-7%). Kajian mengenai stok karbon rumput laut di kawasan muara memberikan maklumat yang penting dalam menentukan jumlah sebenar karbon yang disimpan di dalam sedimen dan oleh itu kajian ini mampu dijadikan sebagai rujukan utama untuk penyelidikan pada masa depan di dalam karbon biru.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Seagrasses -- Malaysia | - |
dc.subject | Rumput laut | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan stok karbon dan sumber penyumbang karbon ke dalam sedimen dataran rumput laut di muara Sungai Pulai, Johor | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 70 | - |
dc.identifier.callno | QK495.A14N874 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004124(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110288+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.