Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463758
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Shahrul Fizree Idris (P92203) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:09Z | - |
dc.date.issued | 2018-11-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110280 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463758 | - |
dc.description | Getah asli cecair (LNR) dengan rantai polimer yang lebih pendek terhasil daripada pendepolimeran getah asli (NR) melalui penguraian fotopemeka. Kewujudan ikatan dubel karbon (C=C) dalam rantai LNR telah menyebabkan ia mudah terdegradasi apabila terdedah kepada haba, cahaya dan ozon. Dalam kajian ini, modifikasi kimia terhadap LNR melalui penghidrogenan telah dijalankan secara in-situ menggunakan p-toluenasulfonil hidrazida (TSH) dan 2, 4, 6-trimetilbenzenasulfonilhidrazida (MSH) untuk menghasilkan getah asli cecair terhidrogen (HLNR). Penghasilan molekul diimida daripada termolisis TSH atau MSH telah digunakan sebagai sumber hidrogen. Pengoptimuman tindak balas penghidrogenan melalui pemanasan refluks telah dilakukan menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM) berdasarkan reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD). Tiga parameter yang dikaji bagi penghidrogenan melalui termolisis TSH adalah nisbah berat TSH:LNR (1.0-3.0), suhu (110-150 °C) dan masa tindak balas (1-8 jam). Berdasarkan data yang diperolehi, model kuadratik telah dibangunkan dengan nilai pekali penentuan (R2) 0.9949 yang menunjukkan korelasi yang baik antara data sebenar dengan data yang diramalkan. Keadaan optimum bagi penghidrogenan LNR menggunakan TSH adalah pada nisbah berat TSH:LNR 1.41, suhu tindak balas 118.11 °C dengan masa tindak balas selama 3.84 jam yang telah memberikan peratusan penghidrogenan sebanyak 83.47%. Penghidrogenan LNR melalui termolisis MSH pula hanya dijalankan dengan mengkaji dua parameter iaitu nisbah berat MSH:LNR (0.5-1.0) dan masa tindak balas (20-60 minit). Perubahan suhu tindak balas kepada peratusan penghidrogenan tidak dikaji oleh kerana suhu 100 °C merupakan suhu optimum bagi termolisis MSH. Model kuadratik dengan nilai R2 0.9557 telah dibangunkan untuk mengaitkan parameter tindak balas kepada peratusan penghidrogenan. Keadaan optimum yang diperoleh melalui RSM adalah nisbah berat MSH:LNR pada 0.7 dengan masa tindak balas selama 25.86 minit yang telah memberikan peratusan penghidrogenan sebanyak 22.24%. Potensi penghidrogenan LNR melalui pemanasan dalam ketuhar gelombang mikro turut dikaji. Hanya MSH sahaja yang digunakan sebagai sumber diimida dalam kajian ini kerana kadar termolisis TSH adalah rendah jika dibandingkan dengan kadar termolisis MSH. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa penghidrogenan LNR pada frekuensi gelombang mikro telah memberikan produk yang diinginkan dalam masa yang lebih singkat (10-20 minit). Peratusan penghidrogenan tertinggi sebanyak 41.18% telah diperoleh pada nisbah berat MSH:LNR 1.5:1 dengan kuasa gelombang mikro 600 W serta masa tindak balas selama 20 minit. Struktur produk telah dicirikan dengan melihat kepada perubahan atau perbezaan pada puncak-puncak utama iaitu puncak ikatan C=C pada spektrum inframerah transformasi Fourier (FTIR) dan resonans magnet nukleus (NMR) sebelum dan selepas penghidrogenan LNR. Analisis termogravimetri (TGA) juga telah dilakukan bagi mengkaji kestabilan terma NR, LNR, dan HLNR. Produk HLNR (99.41%) yang terbentuk selepas penghidrogenan telah meningkatkan kestabilan terma LNR daripada 380 °C kepada 450 °C. HLNR yang terhasil juga mampu berfungsi sebagai pengserasi yang baik bagi adunan poli(asid laktik)/getah asli (PLA/NR). Kekuatan regangan adunan PLA/NR meningkat dari 17.3 MPa kepada 23.7 MPa dan kekuatan hentaman juga menunjukkan peningkatan dari 2.8 kJ/m2 kepada 9.3 kJ/m2 setelah HLNR ditambah sebagai pengserasi dalam adunan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rubber | - |
dc.subject | Latex | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengoptimuman tindak balas penghidrogenan getah asli cecair menggunakan kaedah rangsangan permukaan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 159 | - |
dc.identifier.callno | TA455.R8M847 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004116(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110280+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.