Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463757
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Aishah Hasbullah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Noraisyah Abdul Kadir Jilani (P84155) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:06Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110279 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463757 | - |
dc.description | Kompleks tetraaza telah dilaporkan mempunyai aktiviti anti kanser yang baik. Hal ini membawa kepada kajian interaksi antara kompleks dengan DNA. Walaubagaimanapun, kekuatan interaksi bagi kompleks dengan DNA diambil kira oleh beberapa faktor antaranya cas kompleks dan jenis ligan anion yang terkoordinat. Oleh itu, dalam penyelidikan ini sintesis sebatian kompleks tetraaza kuprum(II) dijalankan dengan menindakbalaskan ligan tetraaza [H2L]Br2 (1)/[H2L](ClO4)2 (2) dimana L=5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-diena dengan lima garam kuprum CuOAc2, CuSO4, CuCl2·2H2O, Cu(NO3)2·3H2O, CuBr2 dalam air dan metanol. Pengkompleksan antara ligan tetraaza [H2L]Br2 (1) dengan Cu(OAc)2·H2O dalam air menghasilkan kompleks [Cu(II)LBr]Br (1a). Manakala, tindak balas dengan CuSO4, CuCl2·2H2O, Cu(NO3)2·3H2O dan CuBr2 menghasilkan kompleks [Cu(II)L][Cu(II)L(H2O)2][Cu(I)Br3]2 (1b-1e). Bagi tindak balas (1) dengan Cu(OAc)2·H2O, CuSO4 dan Cu(NO3)2·3H2O dalam metanol pula, menghasilkan kompleks [Cu(II)LBr]Br (1f, 1g, 1i). Tindak balas dengan CuCl2·2H2O dan CuBr2 masing-masing menghasilkan [Cu(II)L][Cu(II)Cl4] (1h) dan [Cu(II)L][Cu(II)L(H2O)2][Cu(I)Br3]2 (1j). Pengkompleksan antara ligan tetraaza [H2L](ClO4)2 (2) dengan garam kuprum Cu(OAc)2·H2O, uCl2·2H2O, dan Cu(NO3)2·3H2O dalam air menghasilkan kompleks [Cu(II)L](ClO4)2 (2a, 2c, 2d). Bagi pengkompleksan dengan CuSO4 dan CuBr2 masing-masing membentuk kompleks [Cu(II)L(ClO4)2] (2b) dan [Cu(II)L][Cu(II)L(H2O)2][Cu(I)Br3]2 (2e). Pengkompleksan (2) dengan Cu(OAc)2·H2O, CuSO4, Cu(NO3)2·3H2O dan CuBr2 dalam metanol pula membentuk kompleks [Cu(II)L(ClO4)](ClO4) (2f, 2g, 2i, 2j). Manakala, tindak balas dengan CuCl·2H2O pula menghasilkan kompleks [Cu(II)L](ClO4)2 (2h). Struktur ligan dan kompleks dibuktikan melalui pencirian spektroskopi RMN (1H dan 13C), spektroskopi FTIR, UL-BN, fotoelektron sinar-x dan kristalografi sinar-x. Kajian interaksi kompleks dilakukan dengan menggunakan kompleks 1f, 2f dan 2h yang mempunyai cas yang berbeza (+1 dan +2) dan juga ligan anion yang berbeza (perklorat atau bromida). Mod pengikatan dan interaksi kompleks dengan CT-DNA dikaji melalui kaedah titratan DNA ultralembayung boleh nampak (UL-BN), titratan DNA pancaran dan ujian kelikatan. Pemalar pengikatan, Kb bagi kompleks 1f, 2f dan 2h masing-masing adalah 2.24 x 104, 1.53 x 104 dan 5.02 x 104 M-1 dimana diperoleh dari kajian titratan DNA UL-BN. Dari kajian titratan DNA pancaran pula pemalar pelindapan Stern Volmer, Ksv bagi kompleks 1f, 2f dan 2h pula masing-masing adalah 2.74 x 104, 2.54 x 104 dan 4.01 x 104 M-1. Ujian kelikatan menunjukkan tiada perubahan ketara pada kelikatan spesifik relatif. Semua keputusan eksperimen menunjukkan bahawa kompleks 1f, 2f dan 2h berinteraksi dengan CT-DNA secara elektrostatik dan kekuatan interaksi disusun mengikut: 2h > 1f > 2f. Kompleks 2h berinteraksi lebih kuat dengan CT-DNA kerana mempunyai cas +2. Manakala, kompleks 1f berinteraksi lebih kuat dengan CT-DNA pula disebabkan oleh saiz monoatom anion bromida yang lebih kecil berbanding saiz poliatom anion perklorat pada kompleks 2f. Hasil penyelidikan ini berguna dalam membangunkan ubatan yang mensasarkan asid nukleid secara interaksi antara kompleks kation dengan tulang belakang fosfat dan seterusnya dapat digunakan dalam perawatan kanser.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Metathesis (Chemistry) | - |
dc.subject | Macrocyclic compounds -- Synthesis | - |
dc.subject | Chemistry | - |
dc.subject | Inorganic | - |
dc.subject | Nucleic acids | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis kompleks kuprum dengan 5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-diena dan kajian interaksi dengan CT-DNA | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 182 | - |
dc.identifier.callno | QD400.5.S95N647 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004115(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.