Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463755
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Razalee Sedek, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Nur' Hidayah Adznam (P81700) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:37:00Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:37:00Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110161 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463755 | - |
dc.description | Anemia adalah salah satu masalah kesihatan awam yang masih merupakan masalah utama di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap anemia, pengambilan makanan dan kekerapan pengambilan makanan tinggi zat besi dalam kalangan ibu hamil di Putrajaya. Kajian ini juga menentukan perkaitan antara tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap anemia, pengambilan makanan, faktor-faktor sosiodemografi dan antenatal. Sejumlah 370 wanita hamil terlibat dalam kajian ini. Maklumat sosiodemografi, ciri-ciri antenatal dan pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan dengan anemia dikumpulkan menggunakan borang soal selidik manakala rekod ingatan diet 24 jam dan borang kekerapan pengambilan makanan kaya kandungan zat besi ibu hamil anemia digunakan untuk menilai pengambilan makanan. Borang soal selidik telah diprauji dan bahagian pengetahuan dan sikap mencatatkan bacaan Chronbach Alpha sebanyak 0.82 dan 0.72 manakala bahagian amalan pula mencatatkan bacaan KR20 sebanyak 0.80. Sampel darah subjek diambil oleh anggota kesihatan untuk mengukur full blood count (FBC). Kajian ini mendapati kira-kira 24.6% subjek mengalami anemia dengan paras hemoglobin di bawah 11g/dL. Median untuk skor pengetahuan secara keseluruhan adalah 84.2 manakala min skor sikap dan amalan masing-masing adalah 72.4 ± 6.7 dan 69.9 ± 13.1. Skor pengetahuan subjek lebih tinggi pada trimester kedua (p<0.05), bilangan anak tiga orang atau lebih (p<0.01) dan jarak kehamilan satu hingga dua tahun (p<0.001). Skor sikap lebih tinggi dalam kalangan subjek yang bekerja (p<0.05) tetapi tiada perbezaan yang signifikan yang wujud antara skor amalan mengikut ciri-ciri sosiodemografi dan antenatal (p>0.05). Terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara pengetahuan dan sikap (r=0.317, p<0.01) manakala tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan amalan (r=0.007, p>0.05). Sikap pula mempunyai hubungan signifikan yang positif dan sederhana dengan amalan (r=0.330, p<0.01). Min pengambilan tenaga, protein, karbohidrat dan riboflavin subjek memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) Malaysia kecuali pengambilan tenaga bagi subjek dalam kumpulan umur 30 hingga 59 tahun dan pengambilan karbohidrat bagi subjek yang berada pada trimester ketiga bagi kumpulan umur 18 hingga 29 tahun. Pengambilan mikronutrien subjek selain riboflavin tidak memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) Malaysia. Secara keseluruhan, tiada perbezaan signifikan (p>0.05) dalam min pengambilan tenaga, kesemua makronutrien dan mikronutrien mengikut tahap pengetahuan, sikap dan amalan subjek. Bagi kekerapan pengambilan makanan yang kaya kandungan zat besi, skor pengambilan yang tinggi adalah susu, ikan dan ayam. Terdapat satu peramal signifikan yang mempengaruhi tahap pengetahuan terhadap anemia iaitu sumber maklumat daripada anggota kesihatan (OR=5.17, 95% CI=2.32-11.55, p<0.001). Secara keseluruhan, tahap pengetahuan dan sikap subjek adalah baik manakala tahap amalan subjek pula berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini dapat membantu pihak anggota kesihatan untuk menambahbaik pendidikan kesihatan berkaitan dengan anemia agar tahap kesihatan ibu hamil berada di tahap yang optimum.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Anemia | - |
dc.subject | Anemia in pregnancy | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap anemia dan faktor-faktor berkaitan dalam kalangan ibu hamil di Putrajaya | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 123 | - |
dc.identifier.callno | RG580.A5S568 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110161+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 899.98 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.