Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463754
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lim Seng Joe, Dr. | - |
dc.contributor.author | Hidayati Syamimi Mohd Noor (P88846) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:36:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:36:58Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110158 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463754 | - |
dc.description | Sarang burung walit (SBW) daripada kelenjar air liur Aerodramus fuciphagus terkenal dengan keunikannya yang tersendiri terutama dalam kalangan masyarakat Cina menjadikannya sebagai ubatan tradisional untuk pelbagai penyakit. Hidrolisat SBW ialah pemecahan rantaian glikoprotein SBW kepada glikopeptida menggunakan enzim, yang larut air dan mempunyai bioaktiviti yang lebih tinggi berbanding SBW mentah. Kajian ini bertujuan untuk menentu dan membandingkan ciri-ciri fizikokimia hidrolisat SBW bergred tinggi (SBWhA) dan hidrolisat SBW bergred rendah (SBWhB, SBWhC, SBWhD) serta untuk menilai aktiviti antioksidan dan potensi prebiotiknya. Penghasilan hidrolisat SBW adalah menggunakan kaedah hidrolisis berenzim menggunakan alkalase dengan selang masa 1, 2, 3 dan 4 jam. Kandungan nitrit antara sampel hidrolisat SBW (0.330-0.433 ppm) menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Kandungan nitrat yang tertinggi adalah pada sampel SBWhA pada masa hidrolisis 2 jam dengan nilai 26.91 ppm dan jumlah kandungan nitrat terendah adalah pada sampel SBWhD pada masa hidrolisis 3 jam dengan nilai 14.75 ppm dengan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Bagi jumlah kandungan protein terlarut, ia dilihat semakin berkurang dengan peningkatan masa hidrolisis dengan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Seterusnya, nilai kandungan peptida dilihat semakin meningkat dengan peningkatan masa hidrolisis berenzim dan mempunyai perbezaan yang signifikan (p<0.05), terutamanya pada masa hidrolisis di antara 2-4 jam yang menunjukkan keberkesanan hidrolisis berenzim. Kandungan gula penurun pula menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara kesemua sampel. Bagi aktiviti antioksidan pula, ketiga-tiga kaedah antioksidan iaitu DPPH, ABTS dan FRAP menunjukkan sampel hidrolisat SBW gred rendah (SBWhC dan SBWhD) antara masa hidrolisis 2-4 jam mempunyai aktiviti yang lebih tinggi daripada hidrolisat SBW gred tinggi (SBWhA dan SBWhB) dengan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Dalam kajian potensi prebiotik, jumlah kiraan plat menunjukkan bahawa SBWhC mempunyai jumlah tertinggi pertumbuhan Lactobacillus plantarum untuk kedua-dua masa 24 dan 48 jam, masing-masing dengan nilai 8.00×108 CFU/ml dan 4.00×1010 CFU/ml. Secara keseluruhannya, didapati hidrolisat yang dihasilkan daripada SBW bergred rendah mempunyai kualiti yang setanding dengan hidrolisat SBWhA. Hidrolisat SBW bergred rendah dilihat mempunyai potensi dijadikan sebagai makanan dan ingredien berfungsi yang berkhasiat dan berkualiti tinggi setanding hidrolisat SBW bergred tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hydrolysis | - |
dc.subject | Edible birds' nests | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Ciri-ciri fizikokimia, aktiviti antioksidan dan potensi aktiviti prebiotik hidrolisat sarang burung walit daripada gred berbeza | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 123 | - |
dc.identifier.callno | QD501.H533 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.