Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463753
Title: | Sintesis dan pencirian bioplastik berasaskan asid omega hidroksi pelargonik |
Authors: | Siti Faieza Abd. Hadi (P86231) |
Supervisor: | Jumat Salimon, Prof. Dr. |
Keywords: | Biopolymers Monomers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-May-2019 |
Description: | Biopoliester termoplastik linear berasaskan asid omega hidroksi pelargonik telah disediakan. Monomer asid omega hidroksi pelargonik telah disintesis daripada asid azelaik secara tindak balas kimia melalui tindak balas pengesteran, hidrolisis dan penurunan. Struktur monomer dengan peratus hasil 85% dan ketulenan 92% dikenalpasti melalui analisis spektrum FTIR, NMR dan ditentusahkan melalui nisbah jisim/cas (m/z) menggunakan ESI-MS pada nilai 173. Proses pempolimeran secara polikondensasi terhadap monomer telah dijalankan pada 3 suhu yang berbeza iaitu pada 150°C, 170°C dan 190°C selama 4 jam dibawah aliran gas nitrogen. Proses ini telah menghasilkan polimer rantai sederhana iaitu poli(omega hidroksi pelargonat). Polimer ini boleh terbiodegradasi dan mempunyai ciri-ciri yang mirip dengan polimer PE dan PP. Analisis kromatografi telapan gel (GPC) menunjukkan polimer yang diperolehi mempunyai jisim molekul purata, Mn yang tinggi iaitu 434 673 g/mol dengan indeks poliserakan (PDI) pada 1.34. Sifat terma biopoliester ini dianalisis menggunakan DSC dan TGA. Hasil kajian menunjukkan takat lebur, Tm adalah pada suhu 73°C dan kestabilan terma dicatat pada suhu 219°C dengan suhu penguraian maksimum berlaku pada 420°C. Sifat reologi bagi leburan polimer ini pula menunjukkan kelikatan malar pada suhu 80°C dan 180°C adalah 0.12 Pa.s dan 0.012 Pa.s dengan faktor kehilangan tan δ masing-masing pada 1.16 dan 0.13. Analisis XRD menunjukkan bacaan darjah kehabluran polimer adalah sebanyak 73.5%. Pencirian sifat fizikal bioplastik pula telah ditentukan melalui 2 analisis iaitu ujian kekerasan durometer skala Shore D dan ujian ekapaksi mampatan. Nilai kekerasan yang diperolehi adalah 31 dan nilai modulus mampatan adalah 47.3 MPa serta nilai mampatan alah adalah 1.03 MPa. Homopolimer poli(omega hidroksi pelargonat) yang terhasil merupakan bioplastik yang keras dan rapuh. Sifat ini boleh diperbaiki melalui adunan polimer atau kopempolimeran blok untuk kesesuaian aplikasi yang diingini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 127 |
Call Number: | QP801.B69S568 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 942.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.