Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463752
Title: Sintesis dan pencirian sebatian porfirin meso dan porfirin logam serta aplikasi penjerapan karbon dioksida
Authors: Nuur Haziqah Mohd Radzuan (P80503)
Supervisor: Muntaz Abu Bakar, Dr.
Keywords: Porphyrins
Karbon dioksida
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-May-2019
Description: Porfirin dan terbitannya menjadi perhatian saintis dalam bidang kimia dan bidang-bidang lain disebabkan oleh ciri-ciri kestabilan serta sifat fotofizikal dan optikal yang menarik. Pendekatan sintetik penghasilan porfirin meso banyak diketengahkan dan menjadi strategi untuk menghasilkan terbitan porfirin baru. Dalam kajian ini, fokus terhadap sintesis untuk menghasilkan porfirin meso free base simetri dan tidak simetri yang terdiri daripada porfirin jenis A4, A2, A2B dan A2B2 telah dilakukan. Sebanyak 11 sebatian porfirin free base iaitu 5,15-difenilporfirin 2, 5-bromo-10,20-difenilporfirin 4, 5,15-dibromo-10,20-difenilporfirin 5, 5-(4,4,5,5-tetrametil-1,3,2-dioxaborolana)-10,20-difenilporfirin 8, 5,15-diheksilporfirin 3, 5-bromo-10,20-diheksilporfirin 6, 5,15-dibromo-10,20-diheksilporfirin 7, 5-(4,4,5,5-tetrametil-1,3,2-dioxaborolana)-10,20-diheksilporfirin 9, 5,10,15,20-tetra-(bromofenil)porfirin 10, 5,10,15,20-tetrafenilporfirin 11 dan 5,10,15,20-tetraheksilporfirin 12 telah disintesis. Selain itu, tindak balas metalasi terhadap setiap porfirin free base dilakukan menggunakan logam zink(II) dan nikel(II). Sebanyak 32 sebatian yang terdiri daripada porfirin meso simetri dan tidak simetri serta metaloporfirin dicirikan dengan menggunakan Spektroskopi Resonans Magnetik Nuklear (RMN), Ultra-Lembayung Boleh Nampak (ULBN) dan spektrometri jisim (SJ). Sebanyak dua sebatian free base, dua sebatian porfirin Zn dan lima sebatian porfirin Ni merupakan sebatian baru dan belum pernah dilaporkan. Porfirin simetri jenis A4 dihasilkan dengan hanya satu langkah tindak balas berdasarkan kaedah kondensasi Lindsey. Manakala porfirin jenis A2, A2B dan A2B2 yang mempunyai kumpulan penukar ganti berbeza dihasilkan melalui beberapa langkah iaitu kondensasi, pembrominan dan tindak balas penggandingan Suzuki. Peratusan hasil yang diperoleh bagi sebatian porfirin meso free base adalah dari 46% hingga 80% manakala sebatian metaloporfirin mencapai sehingga 99% dengan ketulenan yang baik. Potensi sebatian porfirin sebagai penjerap karbon dioksida dikenal pasti menggunakan alat Chemisorption Analyzer. Berdasarkan pada kadar jerapan karbon dioksida yang diuji ke atas enam sebatian porfirin, porfirin Zn mempunyai potensi yang baik untuk diaplikasikan sebagai sistem penjerap karbon dioksida. Kajian kristalografi sinar X menunjukkan porfirin 8 menghablur dalam sistem sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/c, a =8.495(6) Å, b = 26.643(14) Å, c = 13.995(7) Å, α= 90°, β= 105.51(2)°, γ = 90°.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 176
Call Number: QP671.P6N838 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110156+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.