Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463750
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Shafawati Mohd Taib, Dr.
dc.contributor.authorNor Bazilah Razali (P83757)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:36:48Z-
dc.date.available2023-09-25T09:36:48Z-
dc.date.issued2018-09-26
dc.identifier.otherukmvital:107623
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463750-
dc.descriptionKebanyakan hutan tropika di seluruh dunia berhadapan dengan kemusnahan melalui aktiviti penukaran hutan kepada tanah bukan hutan alternatif seperti kawasan pertanian dan pembandaran, selari dengan pertumbuhan penduduk. Amalan penukaran hutan kepada fizikal tanah yang lain di Malaysia telah bermula sejak tahun 1960-an lagi sehingga kini. Aktiviti pertanian seperti penanaman pokok kelapa sawit dan getah adalah perubahan guna tanah utama yang mengubah landskap semulajadi lalu menyebabkan penurunan kekayaan dan kelimpahan spesies. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti kepelbagaian spesies mamalia kecil di Hutan Simpan Kemasul, Pahang. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan ciri-ciri populasi spesies mamalia kecil di kawasan kajian, menilai jisim relatif badan mamalia kecil, dan melakukan pengukuran prevalen ektoparasit. Kajian ini dijalankan di fragmen hutan yang panjang diwakili oleh matrik habitat berbeza iaitu ladang kelapa sawit (Jambu Rias) dan ladang hutan Akasia (Chemomoi). Deka yang mempunyai matrik fragmen hutan dijadikan sebagai perbandingan dari segi jenis habitat. Sebanyak 51 individu daripada 8 spesies mamalia kecil telah direkodkan di kedua-dua kawasan kajian manakala Deka mempunyai hasil tangkapan sebanyak 182 individu daripada 12 spesies. Hasil kajian menunjukkan matrik fragmen hutan (Deka) mempunyai kepelbagaian spesies yang lebih tinggi, diikuti hutan dikelilingi ladang kelapa sawit (Jambu Rias) dan hutan dikelilingi ladang hutan (Chemomoi). Leopoldamys sabanus mendominasi kawasan Deka manakala Maxomys rajah dan Maxomys surifer masing-masing mendominasi kawasan Jambu Rias dan Chemomoi. Spesies Echinosorex gymnurus, Hylomys suillus, Callosciurus caniceps dan Rhinosicurus laticaudatus hanya dijumpai di Deka. Dari segi struktur populasi pula, mamalia kecil jantan didapati lebih banyak di Deka berbanding di Jambu Rias dan Chemomoi. Selain itu, mamalia kecil jantan dewasa lebih banyak direkodkan di Deka. Analisis jisim relatif badan menunjukkan kondisi badan di Jambu Rias lebih baik berbanding di Chemomoi manakala kondisi badan di Kemasul lebih baik berbanding di Deka. Prevalen ektoparasit tertinggi direkodkan di Jambu Rias, diikuti Chemomoi dan Deka. Berdasarkan kajian ini, jenis habitat adalah penting dalam menentukan komposisi, kepelbagaian dan kekayaan spesies mamalia kecil. Struktur vegetasi kompleks seperti hutan dikelilingi fragmen hutan menyediakan sumber makanan dan habitat yang lebih baik. Hutan matrik ladang kelapa sawit pula menyediakan sumber makanan manakala hutan matrik ladang hutan menyediakan koridor untuk pergerakan mamalia kecil. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa jenis habitat memberi kesan ketara terhadap struktur populasi, kondisi badan dan prevalen sengkenit mamalia kecil. Oleh itu, strategi pemuliharaan dan pengurusan hutan yang lestari perlu dilakukan untuk meningkatkan kepelbagaian mamalia kecil di hutan matrik pertanian dan ladang hutan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectForests and forestry -- Malaysia
dc.subjectForest management -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan perubahan habitat hutan terhadap populasi dan komuniti mamalia kecil di Hutan Simpan Kemasul, Pahang
dc.typetheses
dc.format.pages84
dc.identifier.callnoSD235.M37N637 2018 tesis
dc.identifier.barcode003849(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107623+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
623.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.