Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463749
Title: Penghasilan biogas dan pengenalpastian bakteria anaerobik menggunakan rumput (Axonopus compressus) dan rumpai air (Cabomba furcata)
Authors: Noor Suhailis Zelani (P73097)
Supervisor: Mushrifah Idris, Prof. Dato' Sri Dr.
Keywords: Biomass energy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Oct-2018
Description: Kajian ini dijalankan untuk menentukan potensi penghasilan biogas menggunakan keratan rumput (Axonopus compressus) dan rumpai akuatik (Cabomba furcata) dari Tasik Chini, Pahang. Biogas adalah campuran gas, terutamanya metana dan karbon dioksida, yang dihasilkan oleh pencernaan anaerobik bahan organik. Substrat dikumpulkan dari tapak pensampelan dan dibawa ke makmal untuk analisis seterusnya seperti jisim kering (DM,%) dan jisim organik kering (ODM,%). A. compressus menunjukkan bacaan ODM yang lebih tinggi, iaitu 93.74% dibandingkan C. furcata, 93.03%. Analisis nutrien pula mendapati A. compressus mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi iaitu protin (3.5g/100g) lemak (0.5 g/100g) dan karbohidrat (19.9g/100g) berbanding C. furcata iaitu protin (1.6g/100g) lemak (0.2 g/100g) dan karbohidrat (1.9g/100g). Penghasilan biogas diukur menggunakan instrumen, ujian Potensi Bio-Metana (BMP) yang menguji penghasilan biogas oleh A. compressus dan C. furcata. Ujian ini dijalankan dengan tiga replikasi inokulum sebagai kawalan, tiga replikasi campuran inokulum dan substrat rujukan (selulosa mikrokristalin, MCC) manakala tiga lagi replikasi terdiri daripada campuran substrat dan inokulum (4 g/L ODM substrat di dalam 500mL inokulum). Pengeluaran biogas dicatatkan setiap 24 jam. Berdasarkan ujian BMP yang dijalankan, rumput menghasilkan 71 L/kgODM biogas manakala C. furcata menghasilkan jumlah biogas yang lebih tinggi, iaitu 81 L/kg ODM. Bagaimanapun, dari segi biojisim, A. compressus adalah sumber yang lebih mampan kerana jumlah yang diperlukan adalah lebih sedikit berbanding C. furcata. Di samping itu, A. compressus menghasilkan purata CH4 yang lebih tinggi iaitu 61.24% (± 1.61%) berbanding dengan C. furcata iaitu 61.08% (± 2.67%). Bakteria anaerobik yang boleh dikultur dikenalpasti. Dalam kajian ini, 11 koloni bakteria telah diasingkan dan diuji menggunakan ujian biokimia (API20A) dan teknik biologi molekul. Walau bagaimanapun, hanya 5 spesies bakteria berjaya dikenal pasti sebagai spesies yang berlainan. Spesies yang dikenal pasti ialah Bacillus cereus, Bacillus mycoides, Clostridium bifermentans, Clostridium butyricum dan Clostridium sordelli. Kesimpulannya, A. Compressus adalah substrat yang lebih baik dan dilihat sebagai berpotensi untuk digunakan sebagai substrat yang mampan di masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 94
Call Number: TP360.N656 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107622+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
784.56 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.